Followers

Monday, July 11, 2011

BuAt InSaN YaNg MemAhAm!


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. JANGAN lah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.





Begitu juga, setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah dia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya,janganlah sesekali kamu mempersiakannya begitu sahaja, kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK akan dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati diri mu




Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada, jangan mengharap pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar KEPERLUAN mu..Apabila sekali ia retak, tentu ia sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia akan di buang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat di gunakan lagi.





Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu emnganggapnya begitu ISTIMEWA, anggaplah dia insan biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya,akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya, sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat.


Jika kamu memiliki sepinggan nasi, di mana kamu pasti baik untuk dirimu,sebab boleh mengenyangkan buat mu, berkhasiat, tetapi mengapa kamu berlegah cuba mencari makanan yang lain, terlalu mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi..kan kamu akan MENYESAL.


Begitu juga jika kamu telah BERTEMU dengan seseorang insan, yang pasti si dia membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU, mengapa kamu berlengah cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain, kamu terlalu mengejar KESEMPURNAAN, kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi MILIK orang lain, kamu juga akan MENYESAL

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...