Followers

Thursday, July 28, 2011

F.A.D.H.!.L.A.T S.O.L.A.T T.E.R.A.W.I.H

Hanya tinggal 3 hari saja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan mulia, di mana bulan ni merupakan bulan yang paling di nantikan oleh seluruh umat Islam..Aku bersyukur kerana pada tahun ni sekali lagi aku diberi peluang untuk menyambutnya..Syukur Alhamdullilah.. Di bawah ini, aku ada sertakan fadhilat solat terawih..moga2 kita semua mendapat fadhilat dari-NYA..AMIN

Antara Fadhilat Solat Terawih.

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T.

Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3: Berseru Malaikat di bawah`Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.

Malam 4: Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-Malaikat yang tawaf di Baitul Maal ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.

Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.

Malam 11: Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukkan.

Malam 14: Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.

Malam 15: Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17: Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18: Seru Malaikat : Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).

Malam 19: Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.

Malam 21: Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23: Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25: Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.

Malam 26: Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27: Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.

Malam 28: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.

Malam 29: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...