Followers

Sunday, July 10, 2011

Pedoman Buat Yang Bergelar Suami



1. Kita sebagai suami perlu menghargai usaha yang telah isteri lakukan selama ini. Zaman sekarang, rata-rata isteri memiliki kerjaya tersendiri, maka si suami perlu la membantu si isteri dalam hal menguruskan rumah tangga. Ingat suami aja penat setelah seharian bekerja? Sama-sama fikirkan, untuk kebahagiaan rumah tangga sendiri juga nanti.

2. Ni satu hal..isteri dah penat masak, yang si suami lak jangan la nak bandingkan masakan isteri dengan mak anda ataupun masakan kedai..tolanglah hargai.Kita sama-sama makan kan.Apa yang ada makan la yer.

3. Tanggungjawab apabila berumah tangga ni berat sebenarnya. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat taw. Sama-sama kita renungkan.

4. Bila berumah tangga dan ada rezeki, kita di kurniakan cahaya mata. Alhamdulillah. Anak yang di anugerahkan oleh Allah tu adalah tanggungjawab bersama. Kita xmau la, bila si isteri tengah makan bersama si suami, si suami suruh si isteri tukarkan lampin si anak, sedangkan si suami duduk tersandar.. Sama-sama membantu kan lebih manis.

5. Ni part bila pasangan suami isteri berkerjaya..Si isteri baru balik kerja, si suami jangan la duduk tengok TV aja. Kesian kat si isteri, balik kerja terus kemas rumah, basuh baju, memasak, mandikan anak and all..Penat kerja di pejabat pun belum abis lagi taw. Apa kata si suami bantu sekali. Kerja pun jadi cepat dan mudah..Sama-sama pikul tanggungjawab..Kan nice.

6. Jikalau si suami makan dahulu, apa kata tinggalkan sedikit lauk untuk si isteri. Jangan la tinggalkan lauk untuk si isteri cam janggut sotong or sayur kangkung tinggal batang aja. ( tapi lam kes ni, aku suka janggut sotong, badan sotong aku x berapa gemar..huhuhu). Simpati la sikit. 1 lagi aku nak tambah, kalau si isteri masak ikan dan sayur sahaja, si suami makan aja la yer, jangan la ungkit mana sambal belacan, mana telur..Makan apa yang ada yer.

7. Si suami dengar yer. Kalau si suami nak ajak kawan-kawan sepejabat datang rumah, apa salahnya bagitau pada si isteri dahulu. Bukan apa, bayangkan kalau keadaan rumah bersepah dengan mainan anak-anak dan si isteri masak maggi aja hari tu, kan memalukan buat pihak suami.

8. Ha yang ni pula mengenai saiz badan. Jangan la menyakat soal saiz badan..sensitif oooo. Sebelum kahwin boleh aja terima size badan isteri, kahwin pun bukan sebab saiz badan kan, sebab sayang kan..so sama-sama renungkan.

9. Macam mana si suami hormat kat ibu bapanya, cam tu juga la hormat pada ibu dan bapa mentua.

10. Hal-hal keperluan rumahtangga jangan la berkira. Untuk keperluan bersama juga kan.

11.Bab-bab pengotor..erm, bukan nak kata semua lelaki jenis cam tu. Jangan salah faham. Ni situasi dalam bilik air..bila dah gosok gigi, penutup ubat gigi jangan la lupa tutup and simpan la semula ubat gigi tu di mana si suami ambil pada mulanya. 1 lagi flush la bila dah guna tandas. Untuk kebersihan rumah kita juga kan.

11. Ringan kan tulang anda. Tanya la pada si isteri, samada memerlukan khidmat bantuan seperti menjaga anak, lipat kain and all. Bantu membantu kan amalan mulia.

12. Hormat adalah perkara yang perlu di titik beratkan. Jika si suami mahu di hormati, begitula juga dengan si isteri. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia macam anda.

13. Jangan sesekali main kayu tiga dengan perempuan lain. Cuba pikir, kalau si isteri yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa si isteri kena tolerate kalau si suami yang buat? So sama-sama fikirkan.

14. Kalau si suami tidak suka sikap isteri, apa kata tegur dengan cara yang baik. Jangan la menengking. Si isteri ada hati dan perasaan juga.

15. Jikalau si isteri tidak sihat, cepat-cepat bawa jumpa doctor. Kalau si suami tidak sihat, bukan kah si isteri juga yang menjaganya?? Ambil berat sesama pasangan.

16. Berbincang merupakan perkara paling penting.Berbincanglah dengan si isteri sebelum membuat sesuatu keputusan. Si suami jangan la megah ada kuasa veto, tak jadi bapok la kalau pendapat isteri di ambil kira. Cuba ketepikan ego wahai si suami.

17. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

18. Usaha untuk pertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Kan bahagia kalau rumah tangga aman damai.

19. Hati wanita ni sensitif. Kalau wujud perselisihan faham, jangan la buat xtau aja. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Kan isteri awak juga.

20. Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT, Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...