Followers

Sunday, July 31, 2011

Cinta Antara Kau, Aku & Dia





TERLERAI JANJI-EXIST

Terlerai kini ikatan yang dijanji
Lalu aku sendiri lagi
Sekian lama bersama kita terpisah
Terasa kini semua keperitannya

Bercinta semua milik bersama
Sehingga tak mengira peribadi
Tak pernah ku mengguris meluka hati
Suratan yang menentukan ku harus sendiri

Sukarnya untuk aku melupakan
Terasa kini bagai kegelapan
Aku pun dapat merasakan pengorbanan ku sia-sia
Yang terpaksa melepaskan semuanya
Haruskah aku yang dipersalahkan

Terlerai janji merupakan lagu yang aku sering mainkan di handphone aku..thanks to nokia xpress music 5800 & sony ericsson vivaz cz xjemu2 melayan karenah ku setiap masa kerana aku suka layan lagu terlerai janji ini..banyak kenangan sepanjang aku hidup dalam dunia percintaan..zaman cinta semua indah, betul x? x terkecuali diri aku..aku la permaisuri yang menakluk dunia ini..kau umpama raja di alam fantasi cinta yang kita bina..tapi tu dulu..7,8 tahun yang lalu..kini aku hidup sendiri tanpa kau di sisi..mungkin aku bukan insan tabah seperti orang lain..aku ni dah la jenis sensitive, lagi la menyentuh sanubari kecil ku ini jika berlaku kekecewaan yang x dapat di bendung dalam hidup aku. Entah mengapa, aku rasa terpanggil untuk menulis coretan ni..betul kata pepatah kalau dah jodoh x kemana, dan sebaliknya. Kalau tiada jodoh, apa lagi nak ku heboh, aku malu pada teman pada semua.. rinduuuuuuuu, rindu serindu rindunyaaa, namun apakan daya orang x sudi..cukup la vind..hentikan la niat murni nak cari timba yang makin jauh di mata, yang makin jauh di hati tuh..woiii vind sedar la kit, ko tu bukan nyer lawa cam artis kesukaan ko tu (Lisa Surihani), jauh panggang dari api, ko tu bukan pandai pun, dapat masuk U pun mujur dah, entah2 sipi2 jer nama ko naik..(tu statement isi hati aku bila berbicara).



Cinta semua orang suka tapi bila sebut pasal single, aduiiiiiiiii minta la di jauhkan..tapi kalu orang dah xnak nak buat macam mana..vind, cinta ni mana boleh paksa-paksa, ko nak ke bila ko kawin nanti, tiba-tiba bercerai di sebabkan hubungan yang di paksa..vind, come on la, banyak lagi lelaki dalam dunia ni, kalu xjumpa calon yang sesuai di Kedah, Melaka, Pahang, cari la calon dari negeri yang lain..Malaysia ni besar la Vind, bukan setakat semenanjung, luar semenanjung pun boleh cari..apa xjumpa juga? Adoi cari la calon dari negara lain..jangan la cetek ilmu sangat, penat aja belajar tinggi-tinggi, tiap-tiap hari naik turun bukit, xkan la calon susah nak cari..


Amboi2 mudahnyer berkata-kata.. aku ni jenis lain dari yang lain taw..kalau aku sayang dia, dia la aku nak..biar la orang nak kata aku giler, aku tau apa aku buat..yang penting, aku x ganggu hubungan orang lain..cukup la sekadar tumpang gembira bila tengok orang yang kita sayang dah ada orang jaga, makan pakai semua terjaga.. kalau hidup dengan aku, ko mesti pening kepala..aku bahagia bila tengok ko bahagia.. aku tumpang gembira..biar la hati aku hancur, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya ada insan yang baik hati menjaga sakit pening mu.Terima kasih bagi yang sudi mencurahkan kasih bersama diri ko.. aku xsehebat panahan kasih dia.aku ni amat kerdil dan cetek dalam ilmu percintaan. Bukan mudah nak cari penganti bila dah putus cinta. biar la aku begini buat selama-lamanya..mungkin ini balasan yang aku dapat di atas perbuatanku dulu..aku xsebaik yang ko sangkakan.aku jahat di belakang ko, ni balasan yang aku terima, aku akui..insan yang baik hanya untuk orang yang baik seperti kau, aku insan yang lemah, banyak buat kesilapan, jodoh aku mungkin insan yang jahat seperti aku..tapi tu dulu..mungkin aku terleka di buai mimpi, tapi sekarang aku dah berubah, aku dah jadi baik, aku dah solat taubat. bagi la aku peluang terakhir untuk aku tebus segala kesilapan aku dahulu. Tapi jika dikau xsudi, xmengapa lah, mungkin betul jodoh kita xpanjang..ko milik dia dan dia hak milik ko..semoga ko berbahagia bersama orang yang banyak membantu diri ko bila ko susah dan senang.jangan sesekali pandang ke belakang lagi yer..jadikan kenangan pahit untuk kita kongsi bersama.


Tahun ni, aku mungkin beraya tanpa kau di sisi aku, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun sebelum nih, ko sanggup datang dari jauh, semata-mata nak  beraya bersama aku, kekadang kita rancang tema baju raya kita. Ko ingat x? dulu zaman kita bercinta hanya la surat menjadi pengubat rindu.surat tu letak bedak bagi wangi and then bagi kat ko..bila ko buka surat tu mesti wangi kan.. masa tu handphone mana ada.apa, facebook??? Bukan setakat facebook, skype, twitter, blog pun kita xada masa tu..tu zaman kita mula kenal la..manis jer saat tu..makan bersuap, jalan berpimpin tangan.. kemudian ada handphone, kita gunakan kemudahan yang ada tu, setiap kali nak tido, WAJIB message xpun cal..i miss u, i luv u, ati2 kalu keluar, stdy rajin2 n ayat paling aku xlupa, jangan nakal-nakal yer sayang..masa belajar lagi seronok, pantang boleh cuti, ko akan turun Pahang berjumpa dengan aku. Kita lepak Teluk Cempedak, kita pusing2 mega mall, tengok wayang, makan kfc, cari video semerah cinta stellato. Tapi kan legenda budak setan ko suka tengok kan, ko cari cd tu, tapi aku kata cerita tu dah download kat umah, bila lepak kt umah, laptop rosak, xdapat ko tengok citer legenda budak setan tu,kesian kat ko.. maaf yer..oiiiiiiiiii, dah2 la berangan cik Vind Aldama oi, dia tu dah jadi milik orang, ko juga kata tadi, xnak ganggu hubungan orang..xkan ko nak jadi cam drama Adamaya. Si dia dah berbahagia, tapi ko tetap nak juga pada si dia..


Tuhan hanya meminjamkan dia kepada aku cuma 7,8 tahun sahaja..terlalu singkat masa tu. Aku rindu saat dulu, andai kata aku berjumpa dengan ko, aku nak cium tangan ko, aku nak minta maaf di atas kesalahan yang aku pernah buat terhadap diri ko. masa tu aku bertindak di luar jangkaan..aku ada sebab tersendiri kenapa aku cakap macam tu dulu, aku terpaksa..biar la menjadi rahsia kenapa aku berkelakuan seperti tu masa dulu.Aku tau kata-kata tu membuatkan ko amat terasa..Maaf dipinta.. aku xtau nak xplain kat ko macam mana kenapa aku berkelakuan macam tu. Aku bukan mahu putuskan hubungan kita yang telah lama kita bina, aku hargai apa yang telah ko lakukan kepada aku dulu, aku tetap menunggu mu walaupun aku seperti pungguk rindu kan bulan.



Andai kata ko terbaca blog aku ni, ingin aku ungkapan:-

Mintak maaf di atas keterlanjuran kata dan perbuatan sepanjang kita bersama.

Halalkan makan minum aku selama aku termakan dan terminum hak kamu.

3  Aku terlalu sayangkan diri mu, aku xsangka perkara ini akan terjadi..aku impikan mahligai indah bersama mu, tetapi hanya tinggal kenangan.

4  Harap ko berbahagia bersama insan tersayang.Alhamdulillah ko dah ada tempat mengadu yang baru..

   Segala kenangan bersama ko akan tetap aku kenangan..terlalu banyak kenangan kita..ko pun tau kan apa yang aku maksudkan.. Terlalu sebak untuk aku menulis blog nih.

6  Aku rindu saat indah bersama mu..Jaga hati insan yang baru bertahta dalam hati mu..

8  Rajin-rajin makan ubat..

    Solat jangan tinggal..

   Lepas ni vind xde dah call kamu, kejutkan kamu bangun p keje..harap tugas tu d ambil alih oleh teman baru mu..

1  Ko insan yang terbaik buat diri ku.

1  Semoga ko berbahagia bersama insan yang ko pilih, insan yang ko sayang, aku tidak layak bersama diri mu..

1  (…………………………… Terlalu sebak untuk aku nyatakan)
A
    Aku akan tetap begini untuk selama-lamanya.

a  p/s: Aku baru jer bersahur pada 1 Ramadhan ni..masa makan tadi, aku asyik terkenangkan dirimu.kalu sebelum nih, time sahur aku orang pertama kejutkan ko.."abg bgn yer, sahur, nanti nak keje letih kalu xsahur"..time nak berbuka.."abg arini berbuka makan lauk apa..air apa"..kamu akan balas cakap" arini abg beli makanan, lauk ayam golek, udang, nasi masak aja, duit beli lauk ni kongsi 1 rumah"air beli air soya n ada kit kuih".."syg lak masak apa untuk berbuka ni".. sedihnya ingat semua tu.kali ni aku beraya keseorangan tanpa dirimu..sebelum ni ko tinggalkan diri ku, kemudian arwah sahabat tinggalkan diri ku buat selama-lamanya..sedihnya, semua berlaku tahun ni yang sama..

  Ya Allah berikan aku kekuatan dengan ujian yang Engkau berikan kepada ku ini..Andai kata segala amalan aku di dunia ini sudah mencukupi untuk aku bekalkan d alam sana, aku rela nyawa ku di ambil..cukuplah kesedihan yang aku tanggung ini..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya..AMIN







a

Thursday, July 28, 2011

F.A.D.H.!.L.A.T S.O.L.A.T T.E.R.A.W.I.H

Hanya tinggal 3 hari saja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan mulia, di mana bulan ni merupakan bulan yang paling di nantikan oleh seluruh umat Islam..Aku bersyukur kerana pada tahun ni sekali lagi aku diberi peluang untuk menyambutnya..Syukur Alhamdullilah.. Di bawah ini, aku ada sertakan fadhilat solat terawih..moga2 kita semua mendapat fadhilat dari-NYA..AMIN

Antara Fadhilat Solat Terawih.

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T.

Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3: Berseru Malaikat di bawah`Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.

Malam 4: Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-Malaikat yang tawaf di Baitul Maal ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.

Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.

Malam 11: Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukkan.

Malam 14: Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.

Malam 15: Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17: Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18: Seru Malaikat : Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).

Malam 19: Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.

Malam 21: Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23: Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25: Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.

Malam 26: Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27: Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.

Malam 28: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.

Malam 29: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthara.

Tuesday, July 26, 2011

L.E.M.P.U.K

Kali ni aku nak post cer mengenai lempuk..ni 1st time aku buat lempuk..huhuhu.. dasyatnyer aku a.k.a pemalaskan.. huhuhu.. selama ni tau makan jer.. Lenguh tangan rupanya nak buat lempuk ni n menguji kesabaran untuk menghasilkan lempuk nih..

Idea nak buat lempuk ni aku dapat bila aku p dapur, tengok2 banyak giler durian..tanpa melengahkan masa yang ada, aku pun mengunakan khidmat kaunseling yang pakar lagi arif (mama kesayanganku) untuk pelbagaikan resepi durian nih..

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

Gula

 Sedikit garam

 Durian 

 Isi durian yang telah digaulkan dengan gula

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam kuali sehingga isi durian ni tidak melekat pada kuali lagi..lebih kurang 30 ke 45 minit juga la..depend pada isi durian..kalau banyak isi durian yang hendak di jadikan lempuk, so makan masa yang agak lama kit la, mayB sejam cam tu..

And tadaaaaaaaaaaaaa..menjadi juga lempuk buatan ku..lepas ni leh dah cari calon suami cz aku dah rajin a.k.a pandai masak..:p

Lempuk

p/s durian 3biji, bukan main banyaknyer, tapi bila di jadikan lempuk, alahai ciput jer hasilnyer (refer pic d atas).patutla harga lempuk di pasaran mahal.

P.U.L.U.T D.U.R.I.A.N

Semua orang tahu, sekarang musim buah durian..Aku paling suka buah durian n rambutan..Disebabkan terlalu banyak durian yang family aku beli, aku yang GILER suker durian nih sampai pandang durian hanya sebelah mata aja dek kerana terlalu banyak makan durian di rumah.



So disebabkan terlalu banyak durian, aku pun nekad la nak buat pulut durian..i like pulut durian..selama aku merantau di negeri orang nih, aku dah lihat setiap negeri mempunyai cara yang beza dalam menghasilkan pulut durian..ada yang asingkan kuah ngan durian..depends pada individu..cara pulut durian di negeri Pahang yang sangat makmur ni adalah seperti di bawah, iaitu sangat berbeza dengan pulut durian yang dihasilkan di utara...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan pulut durian adalah :-

Isi durian


  Pulut


Daun pandan

 Gula melaka

santan


Cara memasak pulut durian:-

1) Masukkan santan ke dalam periuk bersama gula melaka, daun pandan dan juga isi durian.
2) Selepas mendidih boleh la angkat dan hidangkan bersama pulut..

simple bukan???sedap pun sedap...n tadaaaaaaaaaaaaaa

Pulut durian


Sunday, July 17, 2011

MeNg!DaM LaKsA

Aku teringin sangat nak makan laksa..Laksa buatan my mum, xterdapat di kedai2 berhampiran anda :0)..Laksa yang di jual di kedai xbest, buat membazir duit plus sakit ati.. Baik buat sendiri, siap boleh tambah tanpa segan silu.Lama dah aku mengidam nak makan laksa, hasil dari air tangan my mum. Disebabkan sibuk dek urusan yang xdapat di elakkan, maka tertangguh la mengidam aku nih..tapi pagi tadi, bangun jer dari tido, laksa kegemaranku dah siap.. opssssssssss.. xtolong pun my mum.. :0)

Aku dengan sukarelanya nak masukkan la dalam my blog cara-cara penyediaan laksa ni..nanti bila dah balik Paris teringin makan laksa my mum lagi, boleh la open blog ni, sekadar tengok gambar jadi la, nak balik kampung halaman jauh dah.


1st.....................................................
Ikan yang aku gunakan untuk buat kuah laksa adalah ikan selayang..Rebus dahulu ikan ni n setelah siap direbus, asingkan tulang dan ambil isi ikan tersebut lalu di tumbuk.(lagi banyak ikan, lagi best taw)

 +


2nd....................................................

 +
 +
+
 
+
Bahan-bahan di atas hendaklah di tumbuk @ blender terlebih dahulu


3th....................................................
 +
+
Masukkan santan, asam keping, sedikit garam dan bahan-bahan yang ditumbuk sebentar tadi ke dalam periuk untuk dimasak


4th...................................................

Rebus laksa
+
 Rebus telur


Untuk penambah selera....
+

 +
+

And then bagi yang sukakan pedas boleh la tambah lada kering yang sudah diblender.
 +
 
Berserta belacan

 
N tadaaaaaaaaaaaaaa

pic di atas lum di tambah telur, timun dan sambal



tadaaaaaaaaaaa..ni la my mum yang buat laksa kesukaan ku..da bestttttttt

Saturday, July 16, 2011

Haiwan yang pemalu di abad ini :0)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...