Followers

Tuesday, November 8, 2011

Raya Haji Yang Paling Bermakna

6hb11 2011 bersamaan 10 Zulhijjah merupakan raya haji yang paling bermakna buat diriku. Tahun lepas aku tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah tahun ini aku dapat beraya bersama ahli keluarga, saudara mara dan juga sahabat yang datang dari jauh.

Tetamu yang aku tunggu sudah tiba di kediaman rumah ku. Alangkah gembiranya apabila sahabat dari Johor datang bersama keluarganya (2 buah kereta tiba di pekarangan rumah). Aku menyediakan makanan untuk para tetamu yang datang. Gembira apabila dapat bertemu sahabat dan juga ahli keluarganya. Akhirnya sahabat dari Johor dapat juga menjejakkan kaki ke rumah ku.

Kemudian rombongan dari Parit Raja pula datang, juga dari Johor. Sebelah kampung dengan sahabat ku yang mula-mula datang tadi. Kali ni rombongan seramai 3 buah kereta bersama ahli keluarga. Tidak terfikir di fikiran bahawa sahabat ini akan beraya di rumah, tambahan pula datang bersama ahli keluarganya, memang tidak terfikir dek akal ku.

Tetamu yang hadir sempat berkata "ada majlis apa-apa ke rumah ni", mana x nyer, penuh 1 rumah ku, sebab yang hadir datang serentak, mau x penuh halaman rumahku. Thanks buat sahabat dan juga ahli keluarga sahabat dari Parit Daun, Johor dan juga sahabat dari Parit Raja juga dari Johor di atas kesudian kalian beraya di rumah ku dan untuk melihat diriku selepas accident di Perlis baru-baru ini.

Selepas sahabat ku pulang bersama ahli keluarga masing-masing, datang pula saudara mara ke kediaman ku. Tidak putus-putus tetamu yang datang. Alhamdulillah, tetamu yang hadir membawa rezeki buat diriku.

Pada sebelah petang, tetamu dari Kuantan pula datang. Keluarga tuttttttt..hehehe..opsssssssss, k2..saja buat gempak :p (tapi memang betul la keluarga dia datang beraya petang tu)

Selama ni aku tidak pernah segembira begini di raya haji. Selalu aku gembira n excited di raya Aidilfitri saja, tapi buat pertama kalinya dalam hidupku aku excited untuk menunggu hari raya Aidiladha.


Menu di hari raya Aidiladha




Thanks buat Abg Bob dan family serta Razman n family cz sudi ke kediaman ku..:0)

Monday, November 7, 2011

Ke Hospital Akhirnya....

Sudah baca kan (klik sebelah) aldama vinci accident .. ok straight 2 da point. Kejadian yang menimpa Aldama Vinci adalah pada pagi selasa. Di sebabkan malas aka xminat nak jumpa doctor, Aldama Vinci berehat di kolej Tan Sri Aishah Ghani sahaja. Di pendekkan cerita, luka yang di alami oleh Aldama Vinci tidak juga sembuh walaupun setelah di sapu minyak gamat. Malah bengkak yang sedikit sebelum ni mulai timbul dan membiru. Memandangkan kaki yang bengkak tu semakin hari semakin berdenyut, my housemate suggest kan p hospital,  3 hari juga la Aldama Vinci berfikir, perlu ke Aldama Vinci ke hospital? Khamis malam tu, Aldama Vinci d temani  Hafizah  dan juga Dhuha ke Kangar.


Kangar Perlis


Pic di bawah merupakan sahabat yang banyak membantu dari segi fizikal dan mental semasa Aldama Vinci terlantar



Dhuha

Artikah


Misi bermula. Klinik yang mula2 Aldama Vinci nak pergi adalah Klinik Menon, sayangnya klinik tersebut tutup. Misi ke 2 ke klinik Faiza, hasilnya juga sama. Tutup. Misi ke3 ke Poliklnik. (ke tiga-tiga klinik yang Aldama Vinci pergi ni merupakan klnik panel UniMAP). Klnik ke 3 tu tanya apa yang berlaku. Apabila bagitau accident, dpaorg bagitau p unit kecemasan. Sambil2 tu, dporg tgk la luka Aldama Vinci. Tapi yang x puas hati adalah…..aldama vinci tanya akak klnik tu, kalau p hospital depa x tekan kan tempat bengkak nih. Akak tu dengan selamber mengelengkan kepala, maksudnya doctor x tekan la tempat bengkak tu. Rupenyer Aldama Vinci tertipu dan di tipu. Housemate Aldama Vinci sempat kenyitkan mata depan akak klinik tu supaya bagitau doctor x kan tekan tempat bengkak Aldama Vinci. Depa takut Aldama Vinci xmau p hospital. ( tahu pun selepas balik dari hospital, kekawan buka cerita ).

Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis


K di pendekkan cerita, misi ke 4 ke Hospital Tunku Fauziah Kangar Perlis di unit kecemasan. Setelah daftarkan nama dengan menggunakan ic dan juga kad pelajar, Aldama Vinci duduk sebentar di ruang menunggu. Hafizah nih xleh bau hospital sebab teringat kenangan dia bersama insan tersayang. So dia xnak masuk dalam. Aldama Vinci pun bagitau Dhuha, supaya menemani Hafizah di luar hospital. Aldama Vinci sorang2 pun xpe, xkisah. Masa tu handphone Aldama Vinci ada pada Dhuha. Depa xbagi Aldama Vinci pegang hp, depa pikir kalau Aldama Vinci berkeras xnak jumpa doctor, depa nak call my family..Depa ugut Aldama Vinci. Kesian kan kat Aldama Vinci masa tu.

So nama Aldama Vinci di panggil untuk check tekanan darah, check luka n lebam, nak tahu detail bila accident, kenapa 3 hari selepas accident baru p hospital and macam2 lagi la persoalan yang di ajukan.. Xkisah banyak soalan yang di tanya, sebab pembantu hospital tu hensem..serius..hensem :0)..

Settle, Aldama Vinci duduk semula di ruang menunggu.


no aku..kejap jer tunggu

No Aldama Vinci naik.. Masuk di bilik no 1. Doctor perempuan, wah bagus2. Xsegan sangat. Setelah di periksa, datang la 2 doctor untuk melihat Aldama Vinci dengan seribu persoalan yang di ajukan. Aldama Vinci menjawab dengan tenang. Dan berlaku la adegan silat iaitu tempis menepis tangan doctor. Tempat sakit tu la yang doctor nak tekan. Ingat xsakit ker..aduiii..tu lemah nak jumpa doctor. Doktor bagitau p tempat x-ray. Ok. Aldama Vinci pun berjalan sorang2 dengan kaki yang terhencut-hencut ke bilik x-ray. Tapi xde orang di sana. Takut wooo.. ke hulur ke hilir Aldama Vinci cari orang, xde orang pun kat bahagian x-ray.. Nak telefon kawan suh teman kan sekali, tapi handphone xde, handphone kan pada depa. Masa ni la patut ada handphone. Dah la xde orang, sunyi sepi + gelap. Dalam hati Aldama Vinci masa tu ialah kalau xde orang juga, aku nak blah jer balik. Xkan nak duk situ sorang2. Masa mundar mandir tu, baru perasan ada note kat kaunter pertanyaan. Kalau tiada orang di kaunter, sila tekan button di atas meja. Perhhhhhh, asal la aku baru nampak. Dah la tempat tu sunyi. Selepas button di tekan, ada seorang nurse ni keluar dari tempat persembunyian. Nurse ni cakap masuk bilik x-ray 1. Ok. Berjalan la Aldama Vinci ke bilik x-ray. Doctor bertanya kepada Aldama Vinci, kenapa boleh accident. And blah2..3 keping x-ray di ambil pada malam tu. Selepas di x-ray, kena tunggu di ruang menunggu bahagian x-ray. Sorang lak tu kat luar..ermm..kalau la ada handphone masa tu kan best, boleh cal sapa2 bagi menghilangkan rasa takut. Sebelah kanan gelap gelita, xsanggup nak pandang.

Bilik x-ray di hospital

Ok, keputusan x-ray di tangan Aldama Vinci. Xkan Aldama Vinci nak tengok sorang2 di tempat sunyi tu kan. Hak2. Di kuliah Aldama Vinci belajar x-ray, tapi XRD..X-ray diffusion..hello, ingat kos medic jer belajar x-ray, kos material engineering pun belajar x-ray taw :0)

cth xray lutut..situasi sebenar 3 keping film xray

Tah dari mana datang, muncul seorang pembantu hospital ke arah Aldama Vinci. Doctor xray cakap ikut pembantu tuh. So Aldama Vinci ikut la pembantu tu ke bilik doctor yang mula-mula check Aldama Vinci. K, x-ray di lihat oleh 4 orang doctor. Perh.. awat ramai sangat nak tengok my x-ray.. saya bukan artis yer, saya student jer. X-ray yang pertama di lihat..setelah di perhati, tiada tanda retak. X-ray ke2 pula di lihat, keputusan tetap sama. Ok.. X-ray ketiga dilihat, ada tanda ketulan d ibu jari kaki. Depa ni duk sembang sesama sendiri. Depa tanya kenapa ada ketulan tuh..isssh mendebarkan. Tah Aldama Vinci xpaham depa ni cakap apa, maklum la bahasa medic ni, mana nak paham, yang paham pun, doctor tu cakap normal..ok la tu, xkan nak tanya lebih kan.
Setle. Aldama Vinci pun balik ke kolej. Makan ubat dan juga sapu ubat luka. Housemate siap record video Aldama Vinci sapu ubat di tempat luka. Aldama Vinci nih ada kelemahan. Kelemahan Aldama Vinci ialah di bahagian lutut. Aldama Vinci jadi lemah satu badan bila ada orang pegang lutut Aldama Vinci. Luka lak kat lutut, lagi la lemah satu badan. Rasa nak pengsan ada. Aldama Vinci pun x tau kenapa bahagian lutut Aldama Vinci sensitive.







= perkara yang xboleh Aldama Vinci lupa ialah apabila bertanya kepada doctor. kenapa kalu saya luka, lambat sembuh.Haritu luka di tangan lambat sembuh.Seminggu baru sembuh.Doctor cakap “tu tanda kencing manis".ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...