Followers

Saturday, May 28, 2011

buat diriku dan rakan-rakan yang seangkatan dengan ku

Aku pernah putus cinta. Buat sahabat yang pernah lalui apa yang aku rasakan sebelum ni, jom layan blog aku..artikal ni aku jumpa kat internat juga..so aku cam berminat n post la kat blog aku. Putus cinta tu sakitkan. Sikit atau banyak tetap terasa sakitnya. Ada orang yang merana disebabkan putus cinta ni. (cam aku juga la merana sampai sekarang) ada yang berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun merana dek kerana cinta. Normal la tu. Kita kan manusia biasa je.







Aku nak kongsi perkara yang perlu aku buat bagi menenangkan hati aku akibat putus cinta. Kowang pun leh cuba


1) Dengan mengingati Allah S.W.T., hati akan menjadi tenang
Teguhkan pegangan agama. Perbanyakkan & pertingkatkan ibadah. Selalu berdoa agar dikurniakan hati yang tenang, diberkati hidup. Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat taubat & solat sunat tahajud. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia, lebih tenang. Jangan takut untuk solat sunat istikharah (aku cakap macam ni sebab ada member-member aku cakap dorang takut nak buat) Solat istikharah tu untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. dan petunjuk itu tak semestinya datag dalam bentuk mimpi, ada yang datang dalam bentuk gerak hati kita dan lain-lain lagi. 
2) Luah kepada orang yang tersayang

Luahkan dan kongsi masalah yang korang hadapi dengan orang-orang yang rapat dengan korang terutamanya keluarga. Ibu adalah pendengar yang setia. Percaya la. Kongsikan dengan rakan-rakan terdekat. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. Meluah dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran. Bagi sesiapa yang ada blog tu, boleh luahkan kat blog tapi jangan over sangat. Jangan risau la, pasti ada yang akan memahami, yang akan bagi kata-kata semangat.








3)  Simpan semua pemberian/hadiah
Masa bersama dengan si kekasih dulu, mesti ada hadiah atau barangan yang diterima kan? Hadiah hari jadi, hari-hari biasa pun tetap dapat jugak kan? Tak payah kelentong la, aku tau. Haha. Simpan semua hadiah/barangan yang berkaitan dengan si dia. SEMUA! Jangan biarkan fikiran korang terus hanyut memikirkan si dia setiap kali terlihat apa jua barangan yang berkaitan dengan si dia. Kenapa simpan? Buang terus tak boleh ke? Sebaiknya jangan la dibuang terus. Kita tak tau apa yang akan terjadi nanti kan. Mungkin ada jodoh dengannya. Kalau nanti confirm kahwin dengan orang lain, buang terus je la. Tak payah simpan lagi semua tu. Bina hidup baru dengan insan lain.








4) Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif

Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan. Enjoykan diri dengan rakan-rakan. Jangan biarkan perasaan suram tu terus menyelubungi diri. Kalau suka berblogging tu teruskan menulis dengan kerap. Dengan melakukan aktiviti yang kita suka, sedikit sebanyak kita dapat mengalih fikiran kita terhadap benda lain & tidak terlalu memikirkan perkara tu.




5) Cari kawan yang berlainan jantina

Kalau korang yang putus cinta ni si gadis, berkawan la ramai jejaka, begitu lah sebaliknya. Berkawan pun jangan sampai melampaui batasan adab & agama ya? Ingat tu. So, dengan mempunyai kawan yang berlainan jantina, korang kena fikir yang korang masih ada ramai pilihan untuk dijadikan teman hidup. Masih ramai lagi yang sudi mendekati korang. Masih ramai lagi yang lebih baik untuk diri kita.


6) Jangan bersendirian

Kebanyakkan orang yang putus cinta ni suka duduk sorang-sorang, bersendirian, berkurung dalam bilik dan lain-lain lagi yang seumpamanya. ( cam aku la, suka menyendiri dan memikirkan masalah ni, erm ). Sebenarnya jangan terlalu mengikut perasaan. Bukannya tak boleh, tapi jangan sampai terpisah dengan dunia luar. Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan.





7) Ingat esok masih ada
Dunia dah berakhirkah kalau si dia tinggalkan korang? Masa depan korang dah hancur kah kalau si dia pilih yang lain? Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk korang fokus selain masalah cinta. Ambil peluang setelah putus cinta ni untuk fokus kepada keluarga, kepada pelajaran atau kerjaya! Best tau. Dah takde komitmen, boleh fokus sepenuhnya kepada perkara lain. Bagi yang dah bekerja, boleh kumpul duit banyak-banyak.




8) Elakkan dengar lagu sedih.

Dah la jiwa tengah kacau, perasaan tak menentu, layan pulak lagu jiwang. Nak masuk dengan jiwa la katakan. Jangan. Kalau macam tu yang sedih makin pedih. Dengar lagu-lagu yang memberi semangat sikit. Lagu-lagu yang memberi harapan & motivasi. Tapi dalam kisah aku, aku suka layan lagu Dadali, Di saat aku mencintaimu, sedih lagu ni, tapi nak buat cam mana, kalu bukan jodoh, xkan nak paksa2..Vind sedar la woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

9) Kerana dirimu begitu berharga

Jangan rendah diri kalau ditinggalkan. Ingat, korang ada SATU saja di atas muka bumi ni. Takde korang yang ke-2,ke-3 dan seterusnya. Hargai diri sendiri. Rasakan diri korang ni hebat. Mampu dapat yang lebih baik dari si dia. Dan jangan lupa muhasabahkan diri korang, jangan lupa perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan. Well, if you're hoping for someone better, you deserve to be better first!



10) Menangis
Ada orang cakap, entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla. Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you.Ok, for me, menangis tu salah satu cara meluah perasaan. Meluah melalui titisan air mata yang deras mengalir (cheewaahh lagii untuk aku.Macam tuuttt!) Takde la, jangan la menangis sebab si dia, menangis sebab sedih dah la, nangis sebab hati sakit. Jangan ditahan kalau nak nangis tu. Makin ditahan makin tak menentu.




11) Bayangkan bakal pasanganmu

imaginekan siapa bakal pengganti si dia. Imagine macam mana korang akan bertemu nanti, macam mana kisahnya. Imagine kan si dia yang bakal kahwin dengan korang nanti mesti comel/cute/hensem/baik/penyayang. Mesti korang rasa happy punya.


12) Cari pengganti
Tips yang ni aku tak galakkan sangat melainkan korang mencari pengganti tu untuk di jadikan calon isteri/suami. Boleh ke korang nak sayang orang lain dalam keadaan korang yang masih sakit & merana tu? Lupakan la pasal couple-couple ni kalau dah putus cinta. Tapi kalau korang boleh jamin yang korang takkan permainkan insan lain semata-mata mahu mengubati hati/membalas dendam akibat putus cinta ni, boleh je cari pengganti. Dah jumpa tu kahwin je terus. Bina hidup sebaiknya. Itu yang terbaik. Tapi jangan jadi playboy/playgirl, terutamanya PLAYBOY. Cukup tak suka dengan playboy. Ingat la yang ni, kalau kita aniaya orang, esok lusa kita yang akan kena balik. Ingat tu ya?












Friday, May 27, 2011

ahak..jom layan..beyehhhhhhhhhhhhhhhhhhh


Jom layan cer ni..malas cer panjang2, kowg baca la yer kalu ada masa..


Ada 3 orang pemuda tersalah langkah masuk ke kawasan puak dot dot dot. Maka aku pendekkan cerita, Ketua puak dalam kawasan tersebut mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga pemuda itu utk dijadikan santapan puak tersebut. Ketiga pemuda itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 buah yang sama jenis. “Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 nenas. Kemudian  ketua puak berkata kepada anak buahnya, ” Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.



Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah ciku kecil dan masih muda, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.




Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. “Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?” tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian....




Friday, May 20, 2011

DuLu La!N sEkARaNg La!N

kowg pernah layan x citer teletubbies? comel + cute kan..ni pic geng2 teletubbies time kanak2..tapi ni pic time dulu2 la











so berbalik pada topic kita, " DuLu La!N sEkARaNg La!N "..sekarang geng2 teletubbies dah meningkat remaja, n kowg tengok la, x secute zaman kanak2 dulu :0)

hak2..beyehhhhhhhhhhhhh











Thursday, May 19, 2011

ApAb!La d!r! KeSePiAn



Sepinya diri ni, tanpa kehadiran seseorang teman istimewa..bila la aku nak jumpa lelaki pujaan hati ku..bukan aku terlalu memilih, tetapi x salahkan aku terlampau memilih..aku mesti la nak cari insan yang betul2 terbaik buat diri aku..yang boleh bimbing aku.

yang aku jumpa setakat ni, belum memenuhi cita rasa diri aku..buat kawan boleh la kowt, tapi aku x salahkan takdir, andai kata kekawan yang aku kenal jadi bakal teman istimewa aku..erm no comment.yang penting aku nak cari yang betul2 terbaik buat diri aku..muka? erm buat apa la nak cari muka yang hensem sangat, kalu ati budi n perangai ke laut..

k la, bateri dah kong, lain kali sambung semula..apa2 pun aku kesunyian la tanpa teman istimewa..aku tetap menunggu mu wahai dot dot dot..kau banyak mengajar ku erti kehidupan, erti kasih sayang n all..


apa2 pun aku tetap kena pegang kata2 ni


Jodoh & kematian seseorang telah Allah tetapkannya sebelum kita lahir lagi..walau apa pun usaha kita untuk mendapatkan seseorang itu, kalau dia bukan jodoh kita, kita dan si dia tidak akan bersatu juga akhirnya.

jom layan lagu ni...




SeAnDa!NyA........



Seandainya aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku berharap,
Jika Allah temukan kita,
Kau akan selalu membimbingku ke jalan yang benar,
Supaya aku menjadi wanita solehah,
Di mana aku akan menjadi bidadarimu di syurga,
Kerana aku mahu kita disatukan di dunia dan akhirat kelak...


Seandainya kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku,
Jadilah bapa yang boleh mendidik anak kita berdua,
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat,
Iaitu anak yang soleh dan solehah,
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah...


Seandainya engkau ditakdirkan untukku,
Aku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku,
Engkau juga boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita,
Engkau juga mampu mencintai aku apa seadanya,
Dan mampu mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan...


Seandainya aku tersalah,
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan,
Seandainya aku marah,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu,
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan,
Seandainya aku terlupa,
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang,
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita...


Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku,
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya,
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu,
Buat bakal imam Ku...



J0m ReNuNg2kAn






Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !



Wednesday, May 18, 2011

ReHaTkAn M!NdA

jom kekwan kita rehatkn minda kita sebentar :0)


kowg nampak x apa yang aku nampak? try tengok lama2 pic di atas..nampak x apa yang ku maksudkan

ni pun sama, cam ombak pun ada

yang ni berpusing 


try, leh x buat apa yang di suruh tu

ReNuNgAn SeMiNiT DuA




Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga di rasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.  ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Perkara pertama yang di minta ialah ISLAM
Jika bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. 
Tiada dolak dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar di buka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan di benarkan menyeberangi titian sirat.



Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. 


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya.
2) Doa anak²nya yang soleh.
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. sumber: Amar Sufi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...