Followers

Tuesday, October 25, 2011

ACCIDENT @ JATUH MOTOR

PERHATIAN..Berita ini tiada kena mengena dengan orang lain, sekadar luahan hati bagi pihak Aldama Vinci. Harap maklum.

Di mana-mana saja, 25 OKT  – Selasa, sehari sebelum perayaan Depavali di Malaysia. Kejadian berlaku pada pukul 9 pagi berhampiran Mini Putrajaya, Kangar Perlis. Seorang pelajar di salah sebuah Universiti tempatan terpaksa menanggung kesakitan apabila motor yang di pandu beliau terbabas akibat tidak dapat mengawal motor tersebut. Beliau yang di maksudkan adalah Vind yang berasal dari Pekan, Pahang. Kegembiran beliau pada pagi itu bertukar menjadi suram apabila motor yang di pandunya terbabas di tepi jalan. Tiada insan yang bersimpati kepada beliau apabila kejadian malang itu menimpa dirinya. Dengan wajah yang sedih bercampur bengang, beliau mengagahkan diri untuk bangun, tetapi beliau tidak dapat bergerak kerana motor yang di pandunya menghempap kaki kanannya. Melihat beliau tidak dapat bangun dengan sendirinya, baru lah tampil seorang pemuda yang berlagak baik, membantu beliau.

Kini beliau di beri cuti selama 5 hari untuk berehat.. cuti ni bukan cuti MC, tetapi cuti sempena Depavali dan juga cuti berehat untuk sabtu dan ahad. Akibat takut berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan, (ngeri apabila terbayangkan doctor yang akan merawat luka yang telah bercampur dengan bakteria) akhirnya beliau terpaksa berehat di rumah dan mengambil ubat sapu yang ada di depan mata bagi menghilangkan kesakitan yang di alaminya. Beliau mengalami luka di kedua belah kaki dan juga mengalami bengkak-bengkak (biru dowh). Adatlah kalau dah accident/jatuh motor mesti la ada luka dan bengkak kan. Kini beliau hanya berehat di kediaman tumpangannya dengan badan yang lesu.

Sekian terima kasih

- luahan hati Aldama Vinci.. ( hari ni nak tido awal cz badan terlalu lesu )

Thursday, October 20, 2011

Kisah hati yang terluka


Hari ini sekali lagi Aldama Vinci berpeluang untuk update blog yang kian lama menyepi tanpa entry yang baru. Apabila berada di U, sudah tentu berlaku kekangan masa + line internet yang slow tidak giler. Statement bengang tahap cipan mengenai line internet di kawasan yang di liputi hutan serta kawasan yang sama waktu dengannya.

Ok straight 2 da point.. “kisah hati yang terluka” buat insan yang memahami n jangan salah anggap lak kepada yang tidak berkenaan.

Aku hanya hidup sekali
Aku hanya mati sekali
Aku hanya kahwin sekali
Dan
Aku bercinta hanya sekali

Kekadang aku terpikir, aku takut kalu jadi giler, tapi  situasi yang menyebabkan aku hampir-hampir jadi giler.

Aku gila,
Aku sentiasa menyintainya,
Semenjak aku mengenali cinta,
Memahami cinta,
Aku hanya mencintainya,
( _ _ _ _ _  fill in the blank ) Dia adalah cinta pertama,
Dia juga cinta terakhir aku,
Tidak ada orang lain memahami cinta pertama aku lebih dari aku dan di kau.

Walau sejauh mana pun di kau menghilang, 
walau sejauh manapun di kau berada, 
kita tidak dapat melawan kuasaNYA.
Kalau jodoh tidak ke mana,
Walau jauh, Allah dekat, dekat dan dekatkan lagi,
ATURAN ALLAH tidak dapat kita jangka,
Hanya tinggal kita saja yang PERLU meminta dengan bersungguh-sungguh agar ALLAH  BUKAKAN hati dia untuk melamar aku.
Kerana ALLAH lah MAHA KUASA MEMBUKANYA,
Aku hanya mampu tersenyum, biar hati sahaja yang BERBICARA.

Tugasku di bumi ini

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku,
Nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita. 
Tugasku bukan mencari dirimu, 
tetapi tugasku ialah mensolehahkan diriku.
Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, 
imamku & ayah dari anak-anakku,
Engkau bersama denganku nanti.
Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, 
memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusuk ku dan buah hatimu kelak.

aLdAmA V!nC!

Sukar mencari teman sejati


Betapa sukarnya mencari teman yang dapat memahami diri kita seadanya. Terasa sunyi + sedih bila mengenangkan sahabat yang telah kembali ke rahmatullah. Sebelum ni, segala masalah di kongsi bersama. Apabila aku keseorangan, aku pasti teringat akan diri mu. Apabila aku jumpa “insan baru”, kau menasihati ku supaya berhati-hati apabila berkawan dengannya, jangan sampai jatuh hati kepadanya. Aku tau, dia bukan insan yang baik buat diriku, tetapi aku hanya berkawan dengannya kerana mahu mengisi kekosongan hati aku di kala itu. 

Aku masih ingat, masakan ikan masak asam pedas paling aku gemari saat itu. Bila aku teringin, aku pasti suruh di kau memasaknya. Kau terror bab memasak ikan masak asam pedas hingga aku terpikat dengan masakan mu. Rindunya nak merasa masakan dari air tangan di kau. Saat itu, pasti tidak akan menjelma lagi. Apabila aku study a.k.a stay up, aku pasti teringatkan di kau. Kau menjadi contoh buat diriku. Semasa hayat, kau rajin study, aku berjanji dalam hidup aku, aku nak teruskan perjuangan kau dalam menimba ilmu. Aku nak kau gembira, meskipun kau berlainan alam dengan ku. 

Sahabat, betapa sukarnya aku mencari teman sejati seperti di kau..semoga di kau di tenang di sana. Aku pasti menemui di kau bila ajal aku menjemput aku.. AL FATIHAH


GOOD FRIEND ARE LIKE STARS, BUT YOU DON'T ALWAYS SEE THEM, BUT YOU KNOW THEY'RE ALWAYS THERE

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu

Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah

Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku

Akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Thursday, October 6, 2011

Midterm is coming soon



Tersebut la kisah di hujung benua, tinggal la seorang student yang bernama Aldama Vinci yang menetap di Pahang, tetapi futher study di rantau orang..Beliau tersangat la gerun apabila Prof @ Dr @ what ever bercakap about MIDTERM..terlalu awal rasanya untuk menempuh alam midterm..next week beliau akan menghadapi midterm buat pertama kalinya pada tahun 3 semester 1 di University tersebut..

Apa yang paling merunsingkan beliau apabila memikirkan subject COMPUTER PROGRAMMING yang beliau xpaham 1 haper( sikit2 tu paham la kan )..Perkara 1st yang akan di buat apabila menjejakkan kaki ke kuliah tersebut pada setiap minggu adalah, termenung sambil melihat orang sekeliling membuat programming.. Di sebabkan beliau tidak belajar subject computer programming semasa DIPLOMA dahulu kala, so beliau terpaksa mengambil subject tersebut di University..mudah kata xleh drop or transfer this subject la..maka dipendekkan cerita, beliau bersama 2 rakan yang lain dari kos MATERIAL ENGINEERING terpaksa memaksakan diri untuk belajar subject tersebut bersama student computer...Apabila beliau di gabungkan dengan student COMP, sudah tentu student MATERIAL ENGINEERING ini tidak paham hal ehwal programming..

contoh programming

apa la beliau akan jawab time midterm nanti..niat di hati untuk belajar di University adalah untuk study MATERIAL ENGINEERING n after futher study nak jadi ENGINEER..so apabila di arahkan oleh DEKAN FAKULTI untuk belajar computer programming, secara x langsung Aldama Vinci boleh jadi Computer Programmer suatu masa nanti..sebelum nak dapat job yang best2 tu, Aldama Vinci kena study hard for midterm...



p/s : Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya..

hafizah : jangan mare sy bila sy dh  update blog...toing2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...