Followers

Monday, December 26, 2011

Mencari tempat pratikal

Sekarang musim student di Universiti Vind Aldama mencari tempat untuk menjalani latihan industri. Student lain sibukkan diri untuk memilih tempat latihan yang di berikan oleh pihak Universiti. Tidak terkecuali diri ku sendiri. 



Bila buka email yang di berikan oleh pihak U, semangat la Vind Aldama memilih senarai latihan industri di tanah air Vind Aldama sendiri. Tangan dan mata berkerjasama dengan laptop kesayangan ku untuk memastikan dapat menjalani latihan industri di negeri sendiri. Tetapi, u all see la yer apa hasilnya..


Tadaaaaaaa




Dalam beratus senarai yang diberikan, HANYA SATU tempat aja di Pahang yang tersenarai dalam list yang diberikan leh pihak U..Lipis??????? ( wah tempat kenangan Vind Aldama kowt )ermmmm.. Kaya kowt kalu buat latihan industri kat situ..Lubuk emas.hihihi.

Kalau ada rakan2 leh suggest kan tempat pratikal, bagitau Vind Aldama yer..:0)




Saturday, December 24, 2011

Kenangan bersama Siti Nurhaliza

Kenangan bersama Siti Nurhaliza.. time ni memang ramai giler peminat Siti nak berjumpa dengannyer. Bersesak2 kowt. Vind Aldama pun tidak terkecuali berada dalam situasi tersebut. Time tu Siti berada di Watsons Kangar Perlis untuk mengisi dana bagi seorang insan yang akan menjalani pembedahan jantung. Kira Siti sahut cabaran collect 8ribu dalam masa 2 jam.. So ramai la peminat Siti nak membantu adik yang akan menjalani pembedahan tersebut dengan membeli produk Siti di samping dapat berjumpa dengan Siti face to face.

So Vind Aldama bersama Pija terpaksa berebut2 untuk berjumpa dengan Siti & hasilnya...

 Pija, Siti and Vind Aldama




TIDAK SETUJU

Baru2 ni aku deactivate my FB.. tapi sehari selepas abis midterm aku pun active kan kembali my FB and nak jadi kan cerita, aku terbaca la salah 1 status kat funpage yang aku join tu..


Jom kita sama-sama lihat



and Vind Aldama pun memberi sedikit comment kat funpage tersebut..



so jawapan untuk soalan tu, Vind Aldama say "TIDAK SETUJU"


Friday, December 9, 2011

Bila hati berbicara




Walau kita lari dari kenyataan, ia tetap akan berlaku. Walau kamu cuba lari dari aku, jika di luh mahfuz tertulis nama kita, kamu tidak akan ke mana. Aku akan terus menunggu dan menunggu di kau yang selalu selingkuh dan tidak pernah berpaling walau aku selalu menebalkan muka ini kerana kamu, kerana aku tahu istikharah itu adalah pasti dan tidak pernah menipu aku selama ini.


Aku tidak pernah memilihmu untuk diri ku, tapi ALLAH yang memilihmu untuk diriku…
Aku tidak pernah mengharap untuk mencintai dirimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..
Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingi mu, tapi ALLAH yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..
Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa cinta ini terhadap mu, tapi ALLAH yang telah menberi rasa ini  kepada ku dan aku harus menempuhinya.


Kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang,
Kalau tidak mampu untuk setia, jangan pernah membuat janji,
Kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah beri harapan,
Luka di luar cepat sembuh, tetapi luka di dalam tiada siapa yang tahu..




Waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingat lah saat kamu ingin mendapatkannya.
Di waktu kamu tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya,
Di waktu kamu mula bosan dengannya, ingatlah saat terindah kamu bersamanya,
Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia sentiasa setia kepadamu,
Melepaskan sesuatu yang lain, belum tentu seperti menanam bunga di waktu hujan, di mana kita belum pasti akan kesuburannya,
Begitu la jua hati ini,
Menerima orang lain yang belum pasti kita yakin kita mampu memberi kasih sayang sepenuhnya,
Kerana mungkin keputusan itu tidak akan membahagiakan mana-mana pihak..


Engkau mungkin akan melupakan insan yang pernah ketawa dengan mu, tetapi tidak mungkin engkau dapat melupakan orang yang pernah menangis bersama dengan mu suatu masa dahulu.



Just untuk gembira kan hati aku..
I don’t have time to hate people who hate me cuz I’m busy in loving people who love me..



Tuesday, November 8, 2011

Raya Haji Yang Paling Bermakna

6hb11 2011 bersamaan 10 Zulhijjah merupakan raya haji yang paling bermakna buat diriku. Tahun lepas aku tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah tahun ini aku dapat beraya bersama ahli keluarga, saudara mara dan juga sahabat yang datang dari jauh.

Tetamu yang aku tunggu sudah tiba di kediaman rumah ku. Alangkah gembiranya apabila sahabat dari Johor datang bersama keluarganya (2 buah kereta tiba di pekarangan rumah). Aku menyediakan makanan untuk para tetamu yang datang. Gembira apabila dapat bertemu sahabat dan juga ahli keluarganya. Akhirnya sahabat dari Johor dapat juga menjejakkan kaki ke rumah ku.

Kemudian rombongan dari Parit Raja pula datang, juga dari Johor. Sebelah kampung dengan sahabat ku yang mula-mula datang tadi. Kali ni rombongan seramai 3 buah kereta bersama ahli keluarga. Tidak terfikir di fikiran bahawa sahabat ini akan beraya di rumah, tambahan pula datang bersama ahli keluarganya, memang tidak terfikir dek akal ku.

Tetamu yang hadir sempat berkata "ada majlis apa-apa ke rumah ni", mana x nyer, penuh 1 rumah ku, sebab yang hadir datang serentak, mau x penuh halaman rumahku. Thanks buat sahabat dan juga ahli keluarga sahabat dari Parit Daun, Johor dan juga sahabat dari Parit Raja juga dari Johor di atas kesudian kalian beraya di rumah ku dan untuk melihat diriku selepas accident di Perlis baru-baru ini.

Selepas sahabat ku pulang bersama ahli keluarga masing-masing, datang pula saudara mara ke kediaman ku. Tidak putus-putus tetamu yang datang. Alhamdulillah, tetamu yang hadir membawa rezeki buat diriku.

Pada sebelah petang, tetamu dari Kuantan pula datang. Keluarga tuttttttt..hehehe..opsssssssss, k2..saja buat gempak :p (tapi memang betul la keluarga dia datang beraya petang tu)

Selama ni aku tidak pernah segembira begini di raya haji. Selalu aku gembira n excited di raya Aidilfitri saja, tapi buat pertama kalinya dalam hidupku aku excited untuk menunggu hari raya Aidiladha.


Menu di hari raya Aidiladha




Thanks buat Abg Bob dan family serta Razman n family cz sudi ke kediaman ku..:0)

Monday, November 7, 2011

Ke Hospital Akhirnya....

Sudah baca kan (klik sebelah) aldama vinci accident .. ok straight 2 da point. Kejadian yang menimpa Aldama Vinci adalah pada pagi selasa. Di sebabkan malas aka xminat nak jumpa doctor, Aldama Vinci berehat di kolej Tan Sri Aishah Ghani sahaja. Di pendekkan cerita, luka yang di alami oleh Aldama Vinci tidak juga sembuh walaupun setelah di sapu minyak gamat. Malah bengkak yang sedikit sebelum ni mulai timbul dan membiru. Memandangkan kaki yang bengkak tu semakin hari semakin berdenyut, my housemate suggest kan p hospital,  3 hari juga la Aldama Vinci berfikir, perlu ke Aldama Vinci ke hospital? Khamis malam tu, Aldama Vinci d temani  Hafizah  dan juga Dhuha ke Kangar.


Kangar Perlis


Pic di bawah merupakan sahabat yang banyak membantu dari segi fizikal dan mental semasa Aldama Vinci terlantar



Dhuha

Artikah


Misi bermula. Klinik yang mula2 Aldama Vinci nak pergi adalah Klinik Menon, sayangnya klinik tersebut tutup. Misi ke 2 ke klinik Faiza, hasilnya juga sama. Tutup. Misi ke3 ke Poliklnik. (ke tiga-tiga klinik yang Aldama Vinci pergi ni merupakan klnik panel UniMAP). Klnik ke 3 tu tanya apa yang berlaku. Apabila bagitau accident, dpaorg bagitau p unit kecemasan. Sambil2 tu, dporg tgk la luka Aldama Vinci. Tapi yang x puas hati adalah…..aldama vinci tanya akak klnik tu, kalau p hospital depa x tekan kan tempat bengkak nih. Akak tu dengan selamber mengelengkan kepala, maksudnya doctor x tekan la tempat bengkak tu. Rupenyer Aldama Vinci tertipu dan di tipu. Housemate Aldama Vinci sempat kenyitkan mata depan akak klinik tu supaya bagitau doctor x kan tekan tempat bengkak Aldama Vinci. Depa takut Aldama Vinci xmau p hospital. ( tahu pun selepas balik dari hospital, kekawan buka cerita ).

Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis


K di pendekkan cerita, misi ke 4 ke Hospital Tunku Fauziah Kangar Perlis di unit kecemasan. Setelah daftarkan nama dengan menggunakan ic dan juga kad pelajar, Aldama Vinci duduk sebentar di ruang menunggu. Hafizah nih xleh bau hospital sebab teringat kenangan dia bersama insan tersayang. So dia xnak masuk dalam. Aldama Vinci pun bagitau Dhuha, supaya menemani Hafizah di luar hospital. Aldama Vinci sorang2 pun xpe, xkisah. Masa tu handphone Aldama Vinci ada pada Dhuha. Depa xbagi Aldama Vinci pegang hp, depa pikir kalau Aldama Vinci berkeras xnak jumpa doctor, depa nak call my family..Depa ugut Aldama Vinci. Kesian kan kat Aldama Vinci masa tu.

So nama Aldama Vinci di panggil untuk check tekanan darah, check luka n lebam, nak tahu detail bila accident, kenapa 3 hari selepas accident baru p hospital and macam2 lagi la persoalan yang di ajukan.. Xkisah banyak soalan yang di tanya, sebab pembantu hospital tu hensem..serius..hensem :0)..

Settle, Aldama Vinci duduk semula di ruang menunggu.


no aku..kejap jer tunggu

No Aldama Vinci naik.. Masuk di bilik no 1. Doctor perempuan, wah bagus2. Xsegan sangat. Setelah di periksa, datang la 2 doctor untuk melihat Aldama Vinci dengan seribu persoalan yang di ajukan. Aldama Vinci menjawab dengan tenang. Dan berlaku la adegan silat iaitu tempis menepis tangan doctor. Tempat sakit tu la yang doctor nak tekan. Ingat xsakit ker..aduiii..tu lemah nak jumpa doctor. Doktor bagitau p tempat x-ray. Ok. Aldama Vinci pun berjalan sorang2 dengan kaki yang terhencut-hencut ke bilik x-ray. Tapi xde orang di sana. Takut wooo.. ke hulur ke hilir Aldama Vinci cari orang, xde orang pun kat bahagian x-ray.. Nak telefon kawan suh teman kan sekali, tapi handphone xde, handphone kan pada depa. Masa ni la patut ada handphone. Dah la xde orang, sunyi sepi + gelap. Dalam hati Aldama Vinci masa tu ialah kalau xde orang juga, aku nak blah jer balik. Xkan nak duk situ sorang2. Masa mundar mandir tu, baru perasan ada note kat kaunter pertanyaan. Kalau tiada orang di kaunter, sila tekan button di atas meja. Perhhhhhh, asal la aku baru nampak. Dah la tempat tu sunyi. Selepas button di tekan, ada seorang nurse ni keluar dari tempat persembunyian. Nurse ni cakap masuk bilik x-ray 1. Ok. Berjalan la Aldama Vinci ke bilik x-ray. Doctor bertanya kepada Aldama Vinci, kenapa boleh accident. And blah2..3 keping x-ray di ambil pada malam tu. Selepas di x-ray, kena tunggu di ruang menunggu bahagian x-ray. Sorang lak tu kat luar..ermm..kalau la ada handphone masa tu kan best, boleh cal sapa2 bagi menghilangkan rasa takut. Sebelah kanan gelap gelita, xsanggup nak pandang.

Bilik x-ray di hospital

Ok, keputusan x-ray di tangan Aldama Vinci. Xkan Aldama Vinci nak tengok sorang2 di tempat sunyi tu kan. Hak2. Di kuliah Aldama Vinci belajar x-ray, tapi XRD..X-ray diffusion..hello, ingat kos medic jer belajar x-ray, kos material engineering pun belajar x-ray taw :0)

cth xray lutut..situasi sebenar 3 keping film xray

Tah dari mana datang, muncul seorang pembantu hospital ke arah Aldama Vinci. Doctor xray cakap ikut pembantu tuh. So Aldama Vinci ikut la pembantu tu ke bilik doctor yang mula-mula check Aldama Vinci. K, x-ray di lihat oleh 4 orang doctor. Perh.. awat ramai sangat nak tengok my x-ray.. saya bukan artis yer, saya student jer. X-ray yang pertama di lihat..setelah di perhati, tiada tanda retak. X-ray ke2 pula di lihat, keputusan tetap sama. Ok.. X-ray ketiga dilihat, ada tanda ketulan d ibu jari kaki. Depa ni duk sembang sesama sendiri. Depa tanya kenapa ada ketulan tuh..isssh mendebarkan. Tah Aldama Vinci xpaham depa ni cakap apa, maklum la bahasa medic ni, mana nak paham, yang paham pun, doctor tu cakap normal..ok la tu, xkan nak tanya lebih kan.
Setle. Aldama Vinci pun balik ke kolej. Makan ubat dan juga sapu ubat luka. Housemate siap record video Aldama Vinci sapu ubat di tempat luka. Aldama Vinci nih ada kelemahan. Kelemahan Aldama Vinci ialah di bahagian lutut. Aldama Vinci jadi lemah satu badan bila ada orang pegang lutut Aldama Vinci. Luka lak kat lutut, lagi la lemah satu badan. Rasa nak pengsan ada. Aldama Vinci pun x tau kenapa bahagian lutut Aldama Vinci sensitive.







= perkara yang xboleh Aldama Vinci lupa ialah apabila bertanya kepada doctor. kenapa kalu saya luka, lambat sembuh.Haritu luka di tangan lambat sembuh.Seminggu baru sembuh.Doctor cakap “tu tanda kencing manis".ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, October 25, 2011

ACCIDENT @ JATUH MOTOR

PERHATIAN..Berita ini tiada kena mengena dengan orang lain, sekadar luahan hati bagi pihak Aldama Vinci. Harap maklum.

Di mana-mana saja, 25 OKT  – Selasa, sehari sebelum perayaan Depavali di Malaysia. Kejadian berlaku pada pukul 9 pagi berhampiran Mini Putrajaya, Kangar Perlis. Seorang pelajar di salah sebuah Universiti tempatan terpaksa menanggung kesakitan apabila motor yang di pandu beliau terbabas akibat tidak dapat mengawal motor tersebut. Beliau yang di maksudkan adalah Vind yang berasal dari Pekan, Pahang. Kegembiran beliau pada pagi itu bertukar menjadi suram apabila motor yang di pandunya terbabas di tepi jalan. Tiada insan yang bersimpati kepada beliau apabila kejadian malang itu menimpa dirinya. Dengan wajah yang sedih bercampur bengang, beliau mengagahkan diri untuk bangun, tetapi beliau tidak dapat bergerak kerana motor yang di pandunya menghempap kaki kanannya. Melihat beliau tidak dapat bangun dengan sendirinya, baru lah tampil seorang pemuda yang berlagak baik, membantu beliau.

Kini beliau di beri cuti selama 5 hari untuk berehat.. cuti ni bukan cuti MC, tetapi cuti sempena Depavali dan juga cuti berehat untuk sabtu dan ahad. Akibat takut berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan, (ngeri apabila terbayangkan doctor yang akan merawat luka yang telah bercampur dengan bakteria) akhirnya beliau terpaksa berehat di rumah dan mengambil ubat sapu yang ada di depan mata bagi menghilangkan kesakitan yang di alaminya. Beliau mengalami luka di kedua belah kaki dan juga mengalami bengkak-bengkak (biru dowh). Adatlah kalau dah accident/jatuh motor mesti la ada luka dan bengkak kan. Kini beliau hanya berehat di kediaman tumpangannya dengan badan yang lesu.

Sekian terima kasih

- luahan hati Aldama Vinci.. ( hari ni nak tido awal cz badan terlalu lesu )

Thursday, October 20, 2011

Kisah hati yang terluka


Hari ini sekali lagi Aldama Vinci berpeluang untuk update blog yang kian lama menyepi tanpa entry yang baru. Apabila berada di U, sudah tentu berlaku kekangan masa + line internet yang slow tidak giler. Statement bengang tahap cipan mengenai line internet di kawasan yang di liputi hutan serta kawasan yang sama waktu dengannya.

Ok straight 2 da point.. “kisah hati yang terluka” buat insan yang memahami n jangan salah anggap lak kepada yang tidak berkenaan.

Aku hanya hidup sekali
Aku hanya mati sekali
Aku hanya kahwin sekali
Dan
Aku bercinta hanya sekali

Kekadang aku terpikir, aku takut kalu jadi giler, tapi  situasi yang menyebabkan aku hampir-hampir jadi giler.

Aku gila,
Aku sentiasa menyintainya,
Semenjak aku mengenali cinta,
Memahami cinta,
Aku hanya mencintainya,
( _ _ _ _ _  fill in the blank ) Dia adalah cinta pertama,
Dia juga cinta terakhir aku,
Tidak ada orang lain memahami cinta pertama aku lebih dari aku dan di kau.

Walau sejauh mana pun di kau menghilang, 
walau sejauh manapun di kau berada, 
kita tidak dapat melawan kuasaNYA.
Kalau jodoh tidak ke mana,
Walau jauh, Allah dekat, dekat dan dekatkan lagi,
ATURAN ALLAH tidak dapat kita jangka,
Hanya tinggal kita saja yang PERLU meminta dengan bersungguh-sungguh agar ALLAH  BUKAKAN hati dia untuk melamar aku.
Kerana ALLAH lah MAHA KUASA MEMBUKANYA,
Aku hanya mampu tersenyum, biar hati sahaja yang BERBICARA.

Tugasku di bumi ini

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku,
Nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita. 
Tugasku bukan mencari dirimu, 
tetapi tugasku ialah mensolehahkan diriku.
Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, 
imamku & ayah dari anak-anakku,
Engkau bersama denganku nanti.
Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, 
memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusuk ku dan buah hatimu kelak.

aLdAmA V!nC!

Sukar mencari teman sejati


Betapa sukarnya mencari teman yang dapat memahami diri kita seadanya. Terasa sunyi + sedih bila mengenangkan sahabat yang telah kembali ke rahmatullah. Sebelum ni, segala masalah di kongsi bersama. Apabila aku keseorangan, aku pasti teringat akan diri mu. Apabila aku jumpa “insan baru”, kau menasihati ku supaya berhati-hati apabila berkawan dengannya, jangan sampai jatuh hati kepadanya. Aku tau, dia bukan insan yang baik buat diriku, tetapi aku hanya berkawan dengannya kerana mahu mengisi kekosongan hati aku di kala itu. 

Aku masih ingat, masakan ikan masak asam pedas paling aku gemari saat itu. Bila aku teringin, aku pasti suruh di kau memasaknya. Kau terror bab memasak ikan masak asam pedas hingga aku terpikat dengan masakan mu. Rindunya nak merasa masakan dari air tangan di kau. Saat itu, pasti tidak akan menjelma lagi. Apabila aku study a.k.a stay up, aku pasti teringatkan di kau. Kau menjadi contoh buat diriku. Semasa hayat, kau rajin study, aku berjanji dalam hidup aku, aku nak teruskan perjuangan kau dalam menimba ilmu. Aku nak kau gembira, meskipun kau berlainan alam dengan ku. 

Sahabat, betapa sukarnya aku mencari teman sejati seperti di kau..semoga di kau di tenang di sana. Aku pasti menemui di kau bila ajal aku menjemput aku.. AL FATIHAH


GOOD FRIEND ARE LIKE STARS, BUT YOU DON'T ALWAYS SEE THEM, BUT YOU KNOW THEY'RE ALWAYS THERE

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu

Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah

Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku

Akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Thursday, October 6, 2011

Midterm is coming soon



Tersebut la kisah di hujung benua, tinggal la seorang student yang bernama Aldama Vinci yang menetap di Pahang, tetapi futher study di rantau orang..Beliau tersangat la gerun apabila Prof @ Dr @ what ever bercakap about MIDTERM..terlalu awal rasanya untuk menempuh alam midterm..next week beliau akan menghadapi midterm buat pertama kalinya pada tahun 3 semester 1 di University tersebut..

Apa yang paling merunsingkan beliau apabila memikirkan subject COMPUTER PROGRAMMING yang beliau xpaham 1 haper( sikit2 tu paham la kan )..Perkara 1st yang akan di buat apabila menjejakkan kaki ke kuliah tersebut pada setiap minggu adalah, termenung sambil melihat orang sekeliling membuat programming.. Di sebabkan beliau tidak belajar subject computer programming semasa DIPLOMA dahulu kala, so beliau terpaksa mengambil subject tersebut di University..mudah kata xleh drop or transfer this subject la..maka dipendekkan cerita, beliau bersama 2 rakan yang lain dari kos MATERIAL ENGINEERING terpaksa memaksakan diri untuk belajar subject tersebut bersama student computer...Apabila beliau di gabungkan dengan student COMP, sudah tentu student MATERIAL ENGINEERING ini tidak paham hal ehwal programming..

contoh programming

apa la beliau akan jawab time midterm nanti..niat di hati untuk belajar di University adalah untuk study MATERIAL ENGINEERING n after futher study nak jadi ENGINEER..so apabila di arahkan oleh DEKAN FAKULTI untuk belajar computer programming, secara x langsung Aldama Vinci boleh jadi Computer Programmer suatu masa nanti..sebelum nak dapat job yang best2 tu, Aldama Vinci kena study hard for midterm...



p/s : Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya..

hafizah : jangan mare sy bila sy dh  update blog...toing2..

Friday, September 30, 2011

Al-kisah aku menjadi student U

1st Vind nak mintak maaf pada yang terlibat, kerana secara x langsung perbuatan "nakal" Vind di U sedikit sebanyak memberi impak kepada u all..thanks a lot 4 my parent y sporting n 4 my housemate, thanks cz "zipp ur mouth"..

ok, straight 2 da point.."kem untuk stdnt u yang tutttttttt, dgn kata lain (ko ada x kt u sama aja, xberi apa2 faedah kepada u pun)..lh ker aku bg statement cam tu????..what ever la kan..list kt surat tu ada my name..OMG..what happen?? aku ni pemalas ker? aku ni nakal ker? or aku ni bermasalah?..NO..NO..NO n NO..jgn pk bukan2 kat aku k..aku tau d mana aku berpijak sekarang..sepatutnya 29 Sept 2011 aku terlibat dengan kem di Kulim selama 4hari 3 malam..bunyi cam best aja kan, al maklum la bila sebut 4 hari 3 malam, confrm dpt makan free..tp bg aku, tu bukan story yang best..28 sept 2011, aku buat keputusan..aku xnak p..tanpa berfikir kesan baik n buruk aku pun teruskan niat aku tu, tanpa aku tau apa yang akan berlaku jika aku xhadir kem tersebut..malam tu, aku xberapa sihat..(sakit apa??ha tu biar la my housemate aja yang tau k)..al kisahnya bermula..malam tu dek kerana xsihat, aku pun mengurungkan diri dalam bilik, makan pun x..bukan kerana diet k..plz, plz, plz..say no to diet..ahakz..

pagi tu aku bangun seperti biasa..maklumla malam tu kan xsihat, so lepas telan ubat, confm la terlena..bila terlena dek kerana ubat y di ambil, aku pun bermimpi..mimpi best kowt..opsssss bukan kowt dah, tp betul2 best..aku mimpi jumpa my sweet heart?? who?yang rapat ngan aku tau la who da person..bila terjaga dari tido, aku pun story kat my roomate.."Tikah, malam td kan Vind mimpi dia..indahnya saat tu..rasa dia betul2 berada d depan vind, rasa terlalu dekat sangat dengan vind, xdpt d ucapkan dgn kata2, sbb terlalu happy walaupn hanya skdr mimpi..dek kerana nak p kelas pagi tu, aku pun terus terjun dari katil p mandi..n berlaku la perkara yang akan vind ingat sampai bila2..

badan still rasa xsihat cam semalam, tp rasa la kurang sikit berbanding semalam..aku yang kesejukan pun cepat2 la mandi, kang lambat lak p kelas kan..tiba2, aku rasa xsedap hati..sapa lak ketuk pintu rumah aku pagi2 nih..kuat lak tu, cam nk tercabut pintu (tp xde la tercabut lagi kan)..suspen tul..n then berlaku la aksi 18SG..damn..lect mai umah dowh..ketuk2 pintu, siap say nak tendang pintu if xbuka..yang aku xlh blah, lect tu siap bawa kunci spare..tp still xlh buka cz kami lock dr dalam...aku tetap dalam bilik air, nak keluar takut weiii..aku dah terketar2, lect boy lak tu yang nak tendang pintu..aku hanya berserah aja..apa nak jadi, jadi la, walaupun aku takut giler..n then aku still berkurung dalam bilik air..di ruang tamu rumah, aku dengar la lect tanya mana sorang lagi..mean aku la kan..but my housemate diam seribu bahasa seperti nampak hantu..kalau buat movie meletup kowt, mesti dapat award..opsssss..cukup2, ni bukan story y ada unsur2 joke k, ni story yang mendebarkan..dari bilik air aku dgr lect say kalau xnk p, turun bawah skrng jumpa dengan DR L..dlm kepala aku masa tu ialah;


1) perlu ke aku keluar dari bilik air n slow talk ngn lect sambil berkata " saya lah Vind y xmau join kem tu"..adui

2) asal senyap jer rumah aku, just dgr suara lect marah2..ke mmber aku dah packing barang nak p kem tersebut..huhhhhhhh..apa aku perlu bt?

3) kalau lect tunggu aku packing barang camner, pakaian aku baru jer masuk lam washing machine malam tadi, cnfrm2 baju xkering..xkan nak sumbat baju xkering dalam beg..no no no

4) patut ke aku keluar dari tempat persembunyian aku n terus lalu depan lect yang tengah hangin 1 badan tu dengan muka yang slamber..huhhh xberani aku, silap2 kena maki nanti..

bila lect blah tanpa kedengaran suara beliau, aku pun keluar dari tandas...takut mmg takut, tp still gelak..ada ke patut lepas lect blah, kami gelak?? gelak la, sebab aku terselamat, kebetulan aku dalam bilik air n gelak sebab lect silap aim stdnt..housemate aku yang "terpilih" p kem just 3 orang, y selebihnya xlayak p kem..oiii ada ke cakap dpaorg xlayak, dpaorng mmg xlayak sebab lec cakap aku insan terpilih..aku tau ayat tu nak sedapkan hati+jantung aku jer..

aku pun xtau nak mintak tolong dengan sapa..aku nekad call my mum..mama plz jwb my call..plz2..terdesak..ohh buat jahat xpk kesan negatif, bila dah terkena baru ingat family..relex2..cool down vind..relex..peace..aku pun cerita la kat my mum..my mum say kt my father..mujur my family backup aku..ni yang terakhir anakmu terpaksa bt cam ni..

yang jadi persoalan, asal umah aku aja kena rush..umah dak lain ok aja..aku tau la aku nakal, senakal nakal aku pun ada lagi yang lebih nakal..bukan aku aja yang xp kem tersebut, ramai lagi xjoin..xpe2..aku think positive..mybe lect syg anak2 buah dia..U buat kem ni nak bagi kesedaran sivik buat aku, tapi aku ni xde kesedaran sivik lagi..dah bagi makan n penginapan 4hari 3 malam pun xnak..apa da..dah2 la vind oiii..dah besar panjang dah pun..dah leh kawin, kalau ikut aja kata2 pihak u kan dah stle..xde la lect nak rush my aprtment..

lepas lect keluar dari rumah, aku pun capai tudung+gadjet kesayangan aku aka handphone HTC+purses..aku pun melarikan diri dari kediaman aku..aku p di tepi laut menyaksikan keindahan laut dengan merenung nasib aku..apa yang aku dah buat nih..vind oi vind..wht da problem...agak2 keadaan dah kembali tenang, aku pun balik semula ke kediaman aku..OTW nak balik aku jumpa actress...aku cakap kt mmbr aku.." cam artis aja tu, apa eak nama dia."..dgn selamber kawan aku reverse n parking baik punyer.."vind tu cam khatijah tan"..aku pun apa lg..p la snap pic ngn actress tu..apa da, mmg xde kesedaran sivik lngsung kan, lari dari pihak u, tapi dgn slmber nk bgmbr lak..

p/s= selepas lect rush my apartment, aku yang sakit terus sihat, ilang kesakitan aku..mmg mujarab betul..mybe "kesakitan" aku takut dengan lect, "dia" pun terus sihat seperti biasa.. 





Jumaat tu, mean semalam la kan, aku gamble aja p kelas..gamble2 pun agak2 la kan..nampak aja bus U, perh kecut perut beb..mana tau kang aku kena p kem tu juga..nak p lab pun takut, bt la lect kenal aku n tanya knpa xnak p kem, aku nak cakap apa..dalam kepala aku, aku dah pikir, nak xnak mesti DEKAN fakulti cari aku nanti..

Tadi, aku sempat la menemani member aku p terminal..hantar my housemate..waktu bersiap nak keluar p terminal, aku terdengar bunyi sesuatu..tikah say "Vind bunyi apa tu"..huhhh mendebarkan..bunyi suara lelaki cam nak roboh bangunan aka nak runtuh jantung hati aku..xkan lect rush rumah aku lagi..cukup la..help..aku dah berdebar2..kawan2 yang sepatutnya p kem dah balik kg, tinggal aku bertiga n dalam bertiga tu aku sorang saja yang kena p kem..aku pun try buka pintu my housemate, dia kan balik kg, so aku ingat nk nyorok dalam bilik dia aja bt sementara waktu..tp dalam keadaan yang mendebarkan tu, aku mengigil xlh buka kunci..aku apa lagi, suruh la my frnd buka pintu bilik, sementara tu aku berlari ke pintu utama untuk kunci pintu, nanti xde la kantoi aku ada dalam rumah..yang jadi masalah, kawan aku pun xleh buka pintu bilik kawan yang balik kg tu...camner ni..kalau ada cermin, mybe lh tgk kowt, tahap pucat muka aku macam mana..bila pintu bilik dah terbuka, aku pun menyorok di dalamnya..n then y paling best, mmbr aku cakap.."vind, dpaorg nak baiki atap rumah la, bukan nak rush rumah kita"..perhhh, sia2 kecemasan yang melanda dalam diri aku sebentar tadi..

AKU KINI FOBIA DENGAN BUS U + LECT + BUNYI ORANG KETUK BILIK.. bila ada orang ketuk bilik, aku dah risau, xkeruan aku..tu la nak buat jahat sangat, xpk baik buruk..n lepas hantar kawan aku p terminal, aku pun tenang2kan fikiran di Pengkalan Asam.



{aku pun nekad balik kg untuk berjumpa dengan doktor, nanti jumpa lect aku akan cakap, aku balik sebab ada appointment dengan doktor)..selamat aku dari misi yang paling berbahaya}..n bersiap sedia kalau terpaksa jumpa dengan dekan fakulti..

p/s: sebelum otw nak ke pengkalan asam, aku sempat snap pic ni kat traffic light..kesian kan, mybe sebelum ni dia ada masalah yang membuatkan dia jadi cam tu..mana tau kan, sebab putus cinta terus jadi giler..huhhh no comment about him.


p/s : thanks 4 my friend Pija cz tolong post this entry..al maklum la sekarang ni xboleh nak update blog, melainkan kalau balik kampung, so terpaksa la menyusahkan kekawan yang dapat balik kampung untuk post my blog yang vind save di draf } *** credit for me!



Saturday, September 10, 2011

mungkin ini coretan yang terakhir

Mungkin ini coretan yang terakhir dalam blog Vind's Aldama???erm nampak gayanyer cam tu lah..sekarang still boleh online coz berada di Perak..apa2 pun depends kepada situasi yang mengizinkan..sok Vind's Aldama akan gerak ke Paris untuk mencapai cita-cita dan impian di rantau orang..




Sudah tiba masanya untuk Vind's Aldama bangkit dari kesalahan dan kesilapan yang lalu..Mungkin dulu, Vind's Aldama terlalu mengejar kejayaan sehingga Vind's Aldama alpa mencari kebahagiaan bersama insan yang setia menyokong di belakang Vind's Aldama..

Adakah harus Vind's Aldama terus berdoa untuk memilikinya kembali, sedangkan hanya Vind's Aldama seorang yang bertepuk sebelah tangan?? 

Adakah kejayaan yang bakal Vind's Adama kecapi nanti hanya untuk kejayaan Vind's Aldama semata-mata, sedangkan selama ini,jatuh bangun Vind's Aldama bersama si dia?? 

Adakah Vind's Aldama hanya mampu serahkan semua ini kepada keadaan semata-mata??









Cinta adalah ketika kamu menitiskan air mata, tetapi masih mampu memperdulikan dirinya..Cinta adalah ketika dia tidak memperdulikan mu, tetapi kamu masih setia menunggunya...Cinta adalah ketika kau melihat dia bahagia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata, " Aku turut bahagia untukmu, walaupun pahit untuk di terima."...Jika kamu mencintai seseorang, kamu akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di  sisimu..

Suatu masa dahulu...
Apabila soalan ini di ajukan kepada Vind's Aldama..
"Bila lak awak nak kawin"..Jawab Vind's Aldama: tunggu abis belajar, baru kawin..( jawapan penuh dengan makna berserta sebuah ukiran senyuman )

Kini..
"Bila lak awak nak kawin"..Jawab Vind's Aldama: xde calon lagi..( sambil Vind's Aldama berlalu pergi meninggalkan orang yang bertanya )

Suatu masa dahulu...
happy yer, ada orang jaga, sampai badan naik..

Kini...
Kenapa kurus??? (sambil orang yang bertanyakan soalan memegang pergelangan tangan ku)..serba salah nak jawab, nak kata diet, aku bukan seorang yang mengamalkan diet..so jawapan yang terbaik kenapa kurus adalah dengan sebuah senyuman yang manis di bibir, tetapi pahit untuk di telan di hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...