Followers

Wednesday, August 31, 2011

AkU MaSiH Di aLaM FaNtAsi

AkU MaSiH Di aLaM FaNtAsi.. apa maksud yer? ok la, bt pengetahuan semua, fb Vind's Aldama aku dh delete all pic kecuali pic sahabat yang paling aku sayang (3 pic aja yang still ada dalam fb, pic yang beratus2 tu, semua aku dah delete).. sahabat yang xkan bersama dengan aku sampai bila2.. Ya Allah tabahkan hati aku menerima segala dugaan dari padaMU.. aku insan yang sangat lemah.. suatu masa nanti, aku pasti ke alam sana dan kita pasti akan bersua wahai sahabat.. cukup sebulan 2 hari kau meninggalkan aku. Kau berada di alam lain manakala aku berada di alam fantasi, alam yang penuh cabaran dan dugaan..masih sebak di hati apabila mengenangkan kau wahai sahabat..




xsampai 2minit yang lalu, vind terima msj di facebook..ada orang terkejut Vind online.. terkejut sebab mereka ingat vind yang meninggal.tp xpe, vind xmarah.. xlama lagi vind pasti akan mengikut langkah sahabat ke alam sana.. semua kekawan Poli JB dan INSEP UTHM tahu kita memang rapat.. Sem5 kita satu aras, satu blok, sem 6 kita satu rumah, masa nak pohon Insep Uthm, kita bincang sama2 nak ambil kursus di sana, walaupun kita xsama kos..sahabat ambil kos Medic, manakala Vind ambil kos Non Destructive Test.. kita daftar Insep Uthm sama-sama..Kita juga daftar asrama sama-sama, kita dapat 1 rumah dan 1 bilik..tengah hari tu, family Vind dan family sahabat ke rumah suami sahabat di Parit Daun... rupanya itu la kali terakhir kita dapat berkumpul 3 family.. sahabat, waktu minggu orentasi dan minggu usahawan,  kita pasti akan rehat bersama-sama kan.. pagi-pagi sebelum ke kuliah, sahabat akan kejutkan vind.. rindunya saat itu.. segala suka duka vind, sahabat tahu dari A hingga Z.. sekarang semua tinggal kenangan..

Setiap hari Vind pasti akan sedekahkan AL FATIHAH buat sahabat..Semoga sahabat di masukkan di kalangan orang beriman..AMIN..



Suatu masa nanti, vind pasti akan mengikut jejak langkah sahabat ke alam sana..




Saturday, August 27, 2011

M.E.N.U

Salam Ramadhan buat semua..bersawang dah blog aku nih..aku tunggu mood muncul, baru la aku layan blog aku ni semula..ke mana mood aku menghilang sebelum nih? bukan setakat blog aku xlayan, facebook pun aku jarang online, sampai ada kawan aku tanya kenapa xonline still bersedih ker??? yup aku still bersedih di atas apa yang menimpa aku..ada juga tanya, kenapa off handphone, call pagi malam xdapat2..n buat pengetahuan semua, no hp aku yang lama dah lama aku block..

ok la, straight to da point la..

aku nak kongsi menu wajib yang ada di waktu berbuka puasa bagi aku sekeluarga..Alhamdulillah, tahun ni aku berpuasa, berbuka, bersahur bersama keluarga tersayang..lama dah aku tunggu saat ni..last aku berpuasa sebulan full bersama keluarga aku adalah masa aku form3..mean 2002, sekarang 2011..tahun ni cipta sejarah dalam hidup aku..Alhamdulillah..dan dalam sedar xsedar, 4bulan dah aku bercuti di kampung halaman aku..

ni menu aku bersama keluarga aku pada tahun ni..wajib la ada makanan seperti di bawah..tadaaaa


 ikan bakar..lebih dari 15 kali la makan ikan bakar di bulan puasa

ayam golek..kalu xde menu ikan bakar, gantikan dengan ayam golek..kekadang menu kami ada jer ikan bakar n ayam golek sekali.

 ikan patin masak tempoyak..air tangan sendiri lagi best dari beli kat kedai :0)



 Pekan Bandar di Raja..murtabak mengkasar paling best..sampai kan orang luar dari Pekan mencari murtabak mengkasar..kena booking dulu, kalau x, xdapat la merasa murtabak mengkasar ni..tiada tempat yang boleh lawan dengan murtabak mengkasar..Kerabat pun akui murtabak ni paling terbaik.


 puding raja nama diberi..kat tempat lain xkan jumpa puding raja ni..only di Pekan Pahang.


 ni air oren yang selalu ayah aku blander kan untuk juadah berbuka puasa bagi kami sekeluarga..tapi aku xleh minum air ni.di sebabkan pendarahan dalam pertut tempoh hari, sampai sekarang aku xboleh minum air ni.

air kelapa yang fresh..ayah aku la yang rajin buat semua ni..thanks papa.



air ribena untuk menghilangkan dahaga..terbaik..


Itu la menu harian kami di bulan puasa..kami x pula merasa jemu makan menu yang sama sepanjang bulan Ramadhan..kenangan yang xdapat aku lupakan..thanks all..and thank gak pada pihak Universiti Malaysia Perlis, sebab kerana ko aku dapat cuti selama 4bulan bersama2 my family..sweet memory in my heart..

p/s

rumpai laut..makanan ini xboleh aku terima dek tekak aku..ada orang suka, depends pada individu

Monday, August 8, 2011

broken heart

Apabila Allah memakbulkan doa kita, DIA sayangkan kita, Apabila Allah lambat memakbulkan doa kita, DIA ingin menguji kita, Apabila Allah tidak memakbulkan doa kita, DIA  telah merancang sesuatu yang lebih baik buat diri kita..


When time comes for you to give your heart to someone,make sure you select someone who will never break your heart because broken hearts never has spare parts..


Mungkin benar, tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari, Mungkin benar, saat kita terluka barulah kita mengerti, Mungkin benar, bila kira rasakan rindu yang mendalam, barulah kita tahu betapa besar makna dan erti seseorang itu buat diri kita..


Love begins with a smile, grows with a kiss, and ends with a teardrop..Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never knew..


Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah percintaaan,mengapa cinta itu semakin sukar untuk di miliki?Cinta umpama kota kristal,indah di penglihatan tetapi derita di perasaan..



Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.hey say that time heals all wounds but all it’s done so far is give me more time to think about how much I miss you..


usah MARAH andai HAJAT tidak dipenuhi, usah MARAH andai CINTA tak dibalasi,usah MARAH andai TENAGA tidak dihargai,usah MARAH andai HARTA tak dimiliki, usah MARAH andai DIRI tidak dipeduli..



Breaking up. It happens kind of suddenly. One minute, you’re holding hands walking down the street, and the next minute, you’re lying on the floor crying without him..


MASA akan terasa LAJU apabila DOSA dilakukan, JAM akan terasa LAMBAT apabila SAKIT dirasakan, SAAT akan terasa HENTI apabila MATI dilaksanakan..






Thursday, August 4, 2011

Apabila Allah S.W.T Menghendaki Sesuatu Perkara Itu Terjadi

"Ya Allah tabahkanlah diri ku ini sepertimana tabahnya kisah tauladan Maryam bersama Nabi Isa ini. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik ujian yang telah Engkau berikan kepadaku ini".AMIN

Kisah tauladan Maryam bersama Nabi Isa.



Maryam merupakan ibu kepada Nabi Isa. Semasa kecil, Maryam dihantar ke sebuah tempat ibadah oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria. Pada suatu hari, ketika Maryam sedang beribadat kepada Allah, datanglah Malaikat Jibril dalam bentuk pemuda yang tampan agar Maryam tidak ketakutan.

“Aku datang sebagai utusan Allah. Dia akan memberimu seorang anak lelaki yang suci dan kudus,” kata Malaikat Jibril. Maryam terkejut mendengar kata-kata itu. “Bagaimana aku boleh memperoleh anak lelaki sedangkan aku masih belum berkahwin? Aku masih belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki,” balas Maryam.

Apabila Allah S.W.T menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya,” jawab Malaikat Jibril. Malaikat Jibril pun terus berlalu meninggalkan Maryam kebingungan. Masyarakat pasti akan menghina dan mencercanya. Beliau masih belum berkahwin. Sekiranya mengandung, pasti orang akan menuduhnya melakukan zina. Oleh sebab itu, Maryam terpaksa melarikan diri dari Baitulmaqdis.Beliau pulang ke kampung halamannya di Annashirah. Di kampung, Maryam memencilkan diri daripada orang kampung. Beliau enggan menemui sesiapa pun termasuklah keluarganya sendiri. Beliau berpura-pura tidak sihat. Sepanjang masa Maryam mengabdikan dirinya dan beribadat kepada Allah. Beliau bermohon agar dikuatkan semangatnya untuk menghadapi cemuhan daripada masyarakat kelak. Maryam memperoleh ketenangan yang didambakan dengan keizinan Allah.

Allah memperkenankan doa hamba-Nya yang soleh.Maryam melalui hari-harinya dengan ketabahan sehinggalah beliau selamat melahirkan bayi yang dikandungkannya itu. Beliau memberi nama anaknya Isa yang bakal menjadi nabi bagi kaum Bani Israel serta membawa kitab Injil.

DAN (ingatlah wahai Maryam) yang telah menjaga kehormatannya lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuhnya) roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan) yang besar bagi alam semesta.(Al-Anbiyaa’: 91)

Maryam seorang perempuan yang suci. Beliau menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah. Pada suatu hari, beliau didatangi malaikat Jibrail. Malaikat tersebut memberitahu Maryam bahawa beliau bakal mengandungkan seorang anak yang kemudiannya akan menjadi rasul.
 
Apabila tiba masa untuk melahirkan anak, Maryam pun keluar dari rumahnya dengan senyap-senyap. Beliau telah pergi ke tempat yang terpencil dan tiada orang. Akhirnya, Maryam terpaksa berhenti di bawah sebatang pokok kurma. Beliau sudah tidak dapat menahan kesakitan lagi. Tidak lama kemudian, Maryam pun melahirkan bayinya dan bayi itu diberi nama Isa.

Maryam menatap wajah anaknya dengan linangan air mata. Beliau berkata: “Alangkah baiknya kalau aku ditakdirkan mati sebelum melahirkan anak tanpa sebarang suami.”

Maryam berasa amat lapar dan dahaga.Beliau tidak menemui apa-apa yang boleh dimakan atau diminum.Keadaan padang pasir itu kontang dan tandus.Tiba-tiba Maryam terdengar satu suara.

“Wahai Maryam, janganlah engkau bersedih. Minumlah air yang mengalir dari bawah tapak kakimu. Goyangkan pokok kurma di belakangmu dan makanlah buahnya.

“Kemudian pulanglah engkau ke kampung.Jika engkau menemui sesiapa, katakan kepada mereka engkau bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapapun.”

Maryam pun makan dan minum sehingga beliau benar-benar sihat. Tibalah masa untuk beliau pulang ke kampung halamannya. Maryam mundar-mandir di tempatnya berdiri. Beliau risaukan keselamatannya. Beliau tahu kaumnya nanti akan menghinanya kerana melahirkan anak tanpa suami. Maryam kemudiannya berdoa kepada Allah agar ditabahkan hatinya apabila menghadapi hinaan daripada kaumnya. Beliau juga meminta agar dirinya dan anaknya dipelihara. Setelah itu, Maryam mengendong bayinya pulang. Seperti yang diduga, ramai yang terkejut apabila melihat perempuan yang belum berkahwin itu mempunyai anak. Kaum keluarga Maryam bergegas datang. Semua yang ada mengerumuni Maryam dan anaknya, Isa.

“Wahai Maryam! Engkau telah mencemarkan nama baik keluargamu. Keluargamu adalah daripada golongan orang yang beriman. Kamu telah membuatkan kami malu dan terhina,” kata keluarga Maryam.

Maryam memberitahu dengan isyarat bahawa beliau sedang bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menuding ke arah Isa yang sedang berada di dalam buaian.

Tiba-tiba Isa berkata: “Aku adalah hamba Allah. Dia memberiku kitab Injil dan menjadikan aku seorang nabi. Aku sentiasa diberkati. Aku diperintahkan mendirikan solat dan menunaikan zakat selagi aku masih hidup. Aku akan berbakti kepada ibuku dan tidaklah aku dijadikan sebagai orang yang sombong. Moga aku sejahtera pada hari aku dilahirkan, ketika meninggal dunia dan ketika dibangkitkan semula.”

Maka tersebarlah cerita mengenai Isa yang masih bayi tetapi sudah boleh bercakap. Isa telah membersihkan fitnah yang dilontarkan kepada ibunya. Maryam adalah perempuan yang suci. Beliau telah melahirkan seorang anak yang akan menjadi nabi dan rasul.

Kaum keluarga Maryam tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap Maryam. Mereka kembali menghormati Maryam dan anaknya yang bernama Isa.

PENGAJARAN


1) Menabur fitnah adalah perkara yang dibenci oleh Allah. Fitnah mampu memecah-belahkan umat. Oleh itu, janganlah kita sesekali membuat fitnah.

2) Apabila kita menghadapi kesusahan, ingatlah ia sekadar ujian daripada Allah. Jika kita sabar menghadapinya, maka kita akan beroleh pahala.

3) Tidak ada perkara yang mustahil untuk berlaku. Jika Allah berkehendakkan perkara itu terjadi, maka dengan sekelip mata ia akan terjadi, kerana Allah itu Maha Berkuasa di atas segala-galanya.

Sumber daripada: Kisah Maryam Dan Kelahiran Nabi Isa dan di edit oleh Vind Aldama.

Jika Menghadapi Kesusahan



Tasbih Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. 

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah S.A.W telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."Surah Al-Anbiyak (21):87

Menurut riwayat, Nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah di undi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 

PERINGATAN

1) Jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini.

2) Kita janganlah mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Kita harus bersabar serta tetap meneruskan usaha dengan bersikap bijaksana.

3) Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. 

Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap ALLAH atau dosa terhadap manusia.Mudah- mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita. AMIN


Tuesday, August 2, 2011

Ya Rabb, Jika Aku Menikah Nanti

Doaku Di Bulan Suci.. Ya Rabb, Jika Aku Menikah Nanti
Di petik dari sumber Satukan cinta kami

Bismillahirrahmanirrahim Ya Rabb..



Jika aku menikah nanti, aku mohon Jodohkanlah aku dengan orang yang selalu taat, mencintai dan bertakwa kepada Mu, Dan pertemukanlah aku dengan orang tersebut.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, semoga suamiku selalu sabar, sayang dan lembut dalam membimbingku agar diriku boleh menjadi isteri yang  solehah dambaan seorang suami.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Semoga diriku dan suamiku nanti dapat menerima kelebihan dan kekurangan kami masing-masing.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Jadikanlah aku seorang isteri yang solehah, yang selalu taat kepada suamiku, tapi jangan sampai ketaatan dan kecintaanku melebihi, ketaatan kepada Pencintaku..

Kepada Mu Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Jadikan Suamiku nanti Imam yang baik yang memimpin diriku dan anak-anakku nanti.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Jadikan keluargaku nanti, iaitu keluarga Islami yang harmonis yang selalu di kurnia Rezeki yang halal dan anak-anak yang Soleh dan solehah.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Semoga akan bertambahnya ketaatan dan kecintaanku kepadaMu, Dan kuatkanlah Imanku dalam menghadapi ujianMu.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, jadikanlah keluargaku , iaitu keluarga sakinah mawwadah warohmah.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Kukuhkan Rumah Tanggaku sebagaimana Engkau kukuhkan Rumah Tangga Rasulullah SAW dan Aisyah r.a, yang mana selalu sabar dalam menghadapi ujian dariMu serta fitnah dunia.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Jadikan diriku cinta pertama dan terakhir buat suamiku. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW menyatakan Cinta pertamanya yang jatuh kepada Aisyah ra, setelah kecintaannya kepada Mu dan keluarganya.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Jadikan diriku sebagai penyejuk hati suamiku di saat suka mahupun duka dalam menghadapi segala dugaanMu dan teguhkanlah jihadku kepadaMu.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, jadikan anak-anak kami sebahagiaan dari orang-orang yang selalu membela AgamaMu, dari musuh-musuh Islam.

Ya Rabb, Jika aku menikah nanti, Pisahkan diriku dengan suamiku di akhir yang baik, saat malaikat maut menjemput ajalku dan pertemukanlah kami di syurga di tempat yang Engkau Redhai.

Ya Rabb dibulan Suci Ramadhan ini kami yakin Engkau akan memakbulkan doa kami, maka dari itu jauhkanlah kami dari fitnah, dan permudahkanlah proses kami menuju pernikahan.

Semoga Engkau akan temukan jodohku serta satukan dia di dalam ikatan suci pernikahan kami nanti..AMIN


Jodoh & kematian seseorang telah Allah tetapkannya sebelum kita lahir lagi . Walau ape pun usaha kita untuk mendapatkan seseorang itu, kalau dia bukan jodoh kita, kita dan si dia tidak akan bersatu juga akhirnya :0)

Monday, August 1, 2011

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami 
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan 
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan 
Kau sahabatku kau teman sejati 

Tulus ikhlasmu luhur budimu 
Bagai tiada pengganti 
Senyum tawamu juga katamu 
Menghiburkan kami 
Memori indah kita bersama 
Terus bersemadi 
Kau sahabatku kau teman sejati 

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu 
Di saat kau masih diperlukan 
Tuhan lebih menyayangi dirimu 
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa 

Ya Allah 
Tempatkannya di tempat yang mulia 
Tempat yang diKau janjikan nikmat 
Untuk hambaMu 

Sahabatku 
Akan kuteruskan perjuangan ini 
Walau kutahu kau tiada di sisi 

Perjuangan kita masih jauh beribu batu 
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan 
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau 
Bagai semalam kau bersama kami 

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana 
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan 
Moga di sana kau bersama para solihin 
Kau sahabatku kau teman sejati 

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami 
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan 
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan 
Kau sahabatku kau teman sejati..

------------------------------------------


Kau sahabatku kau teman sejati.. sahabat, engkau telah pergi meninggalkan diriku buat selama-lamanya.. tiada tempat untuk aku mengadu selepas engkau meninggalkan daku.. Hanya doa yang dapat aku iringkan kepada mu, semoga engkau tenang di alam sana.. tidak lama lagi, aku pasti mengikut jejak langkah mu ke alam yang kekal abadi itu..

                                                      
Sebulan yang lepas aku meluangkan masa untuk menghadiri jemputan perkahwinan seorang sahabat di Gelang Patah, Johor.. Aku tidak tahu, rupanya itu la kenangan paling terakhir dalam hidup aku..Kak, vind rindu akak..andai kata Vind ikut kata suami akak supaya stay kt Johor lagi, sudah tentu Vind dapat meluangkan masa yang panjang bersama akak kan. Selepas bergambar dengan akak, Vind terus balik Pahang.. Bus yang Vind naiki tu nyaris2 nak accident, mujur driver sempat mengelak dari bertembung dengan sebuah kereta dan juga seekor lembu.. Rupanya kejadian tu merupakan tanda kali terakhir Vind menjejakkan kaki ke Gelang Patah, Johor..kak, Vind xsangka semua ni berakhir..Vind rindu kan akak..Terlalu rindu..Ya Allah kuatkan semangat aku untuk menanggung semua ni..Semoga arwah akak di masukkan di kalangan orang yang beriman.. AMIN..


Semasa di poli dulu, kita mula berkenalan..masa tu wujud keserasian dalam hati ku bersama dengan mu..indahnya di waktu perkenalan kita dahulu..Pada sem5 kita sama-sama ke masjid untuk menunaikan solat magrib dan isyak. Bila Vind xpaham Math Kejuruteraan, akak hadir dalam hidup Vind untuk membantu Vind supaya Vind mahir dalam subject tersebut..Andai kata akak x bagi kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada Vind sudah tentu Vind tidak akan menjejakkan kaki ke menara gading seperti sekarang.. akak, jasa dan pengorbanan akak akan vind kenang sehingga akhir hayat Vind.


Akak, Vind xsangka akak pergi meninggalkan Vind.. Terlalu sukar untuk Vind terima semua ni..Tapi apa kan daya Vind, Tuhan terlalu sayangkan akak..Akak seorang insan yang diciptakan terlalu baik untuk berkawan dengan Vind. Segala kisah pahit manis Vind kongsikan dengan akak dan begitu juga dengan akak.. Indahnyer saat itu..


Akak, Vind terkenangkan segala kenangan yang kita lalui bersama-sama. Bila tiba waktu puasa, kita sama-sama pergi membeli kuih untuk berbuka puasa. Bila tiba sahurnya pula, Vind suruh akak kejutkan Vind, untuk kita sama-sama memasak bagi juadah bersahur.. Segala hal rumah sewa kita, akak yang uruskan..Kami semua percaya dengan akak.. Akak la yang kutip duit, akak juga la yang serahkan duit sewa kepada tuan rumah, akak juga la yang telefon tuan rumah.. segalanya akak yang buatkan.. Vind hanya temankan akak berjumpa tuan rumah.. terlalu besar pengorbanan akak melayan kami semua..Bila bercakap dengan akak, akak bercakap dengan tenang, Vind suka dengan gaya akak. Bila Vind ada masalah belajar, akak bantu Vind, xjemu2 akak mengajar Vind.. Bila Vind punyai masalah bersama si dia, akak juga yang bagi nasihat, akak juga tenangkan vind.. kak, vind rindukan semua tu.. Walaupun akak sambung belajar di Johor dan Vind di Perlis, jarak tu x memisahkan kita..Bila online, kita chat.. Bila rindu dengan akak, Vind call akak, message akak..dan akak pun begitu.. Terlalu singkat masa yang ada untuk bersama akak..akak insan yang terpilih untuk mengadap Maha Pencipta dalam usia yang muda..Vind tau akak pasti ke Syurga kerana Vind selalu tengok akak rajin mengaji, baik tutur kata dan tingkah laku serta suka membantu rakan-rakan jika mempunyai masalah..




Akak terlalu tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan akak. Vind xsangka akak pergi dengan cepat. rupanya disebalik senyuman akak tu, akak menanggung kesakitan..sampai sekarang Vind masih xpercaya akak dah meninggalkan kami semua..semoga akak tenang di sana, dan Vind berjanji kak, Vind xkan putus2 mendoakan kesejahteraan akak, itu saja yang dapat Vind bantu akak.. Akak tunggu Vind di sana nanti yer..


Semoga arwah akak di tempatkan di kalangan orang beriman..AMIN


Semoga roh arwah akak di cucuri rahmat..AMIN


Semoga arwah akak tenang di sana..AMIN


Semoga arwah akak di jauhkan dari seksa kubur..AMIN


Semasa hayat arwah akak bersama Vind, arwah akak xpernah sakitkan hati Vind..Malah arwah akak merupakan insan yang paling baik buat diri Vind..


AL FATIHAH buat arwah tersayang.

































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...