Followers

Monday, December 26, 2011

Mencari tempat pratikal

Sekarang musim student di Universiti Vind Aldama mencari tempat untuk menjalani latihan industri. Student lain sibukkan diri untuk memilih tempat latihan yang di berikan oleh pihak Universiti. Tidak terkecuali diri ku sendiri. 



Bila buka email yang di berikan oleh pihak U, semangat la Vind Aldama memilih senarai latihan industri di tanah air Vind Aldama sendiri. Tangan dan mata berkerjasama dengan laptop kesayangan ku untuk memastikan dapat menjalani latihan industri di negeri sendiri. Tetapi, u all see la yer apa hasilnya..


Tadaaaaaaa




Dalam beratus senarai yang diberikan, HANYA SATU tempat aja di Pahang yang tersenarai dalam list yang diberikan leh pihak U..Lipis??????? ( wah tempat kenangan Vind Aldama kowt )ermmmm.. Kaya kowt kalu buat latihan industri kat situ..Lubuk emas.hihihi.

Kalau ada rakan2 leh suggest kan tempat pratikal, bagitau Vind Aldama yer..:0)




Saturday, December 24, 2011

Kenangan bersama Siti Nurhaliza

Kenangan bersama Siti Nurhaliza.. time ni memang ramai giler peminat Siti nak berjumpa dengannyer. Bersesak2 kowt. Vind Aldama pun tidak terkecuali berada dalam situasi tersebut. Time tu Siti berada di Watsons Kangar Perlis untuk mengisi dana bagi seorang insan yang akan menjalani pembedahan jantung. Kira Siti sahut cabaran collect 8ribu dalam masa 2 jam.. So ramai la peminat Siti nak membantu adik yang akan menjalani pembedahan tersebut dengan membeli produk Siti di samping dapat berjumpa dengan Siti face to face.

So Vind Aldama bersama Pija terpaksa berebut2 untuk berjumpa dengan Siti & hasilnya...

 Pija, Siti and Vind Aldama




TIDAK SETUJU

Baru2 ni aku deactivate my FB.. tapi sehari selepas abis midterm aku pun active kan kembali my FB and nak jadi kan cerita, aku terbaca la salah 1 status kat funpage yang aku join tu..


Jom kita sama-sama lihat



and Vind Aldama pun memberi sedikit comment kat funpage tersebut..



so jawapan untuk soalan tu, Vind Aldama say "TIDAK SETUJU"


Friday, December 9, 2011

Bila hati berbicara




Walau kita lari dari kenyataan, ia tetap akan berlaku. Walau kamu cuba lari dari aku, jika di luh mahfuz tertulis nama kita, kamu tidak akan ke mana. Aku akan terus menunggu dan menunggu di kau yang selalu selingkuh dan tidak pernah berpaling walau aku selalu menebalkan muka ini kerana kamu, kerana aku tahu istikharah itu adalah pasti dan tidak pernah menipu aku selama ini.


Aku tidak pernah memilihmu untuk diri ku, tapi ALLAH yang memilihmu untuk diriku…
Aku tidak pernah mengharap untuk mencintai dirimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..
Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingi mu, tapi ALLAH yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..
Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa cinta ini terhadap mu, tapi ALLAH yang telah menberi rasa ini  kepada ku dan aku harus menempuhinya.


Kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang,
Kalau tidak mampu untuk setia, jangan pernah membuat janji,
Kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah beri harapan,
Luka di luar cepat sembuh, tetapi luka di dalam tiada siapa yang tahu..




Waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingat lah saat kamu ingin mendapatkannya.
Di waktu kamu tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya,
Di waktu kamu mula bosan dengannya, ingatlah saat terindah kamu bersamanya,
Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia sentiasa setia kepadamu,
Melepaskan sesuatu yang lain, belum tentu seperti menanam bunga di waktu hujan, di mana kita belum pasti akan kesuburannya,
Begitu la jua hati ini,
Menerima orang lain yang belum pasti kita yakin kita mampu memberi kasih sayang sepenuhnya,
Kerana mungkin keputusan itu tidak akan membahagiakan mana-mana pihak..


Engkau mungkin akan melupakan insan yang pernah ketawa dengan mu, tetapi tidak mungkin engkau dapat melupakan orang yang pernah menangis bersama dengan mu suatu masa dahulu.



Just untuk gembira kan hati aku..
I don’t have time to hate people who hate me cuz I’m busy in loving people who love me..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...