Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu
Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati..
------------------------------------------
Kau sahabatku kau teman sejati.. sahabat, engkau telah pergi meninggalkan diriku buat selama-lamanya.. tiada tempat untuk aku mengadu selepas engkau meninggalkan daku.. Hanya doa yang dapat aku iringkan kepada mu, semoga engkau tenang di alam sana.. tidak lama lagi, aku pasti mengikut jejak langkah mu ke alam yang kekal abadi itu..
Sebulan yang lepas aku meluangkan masa untuk menghadiri jemputan perkahwinan seorang sahabat di Gelang Patah, Johor.. Aku tidak tahu, rupanya itu la kenangan paling terakhir dalam hidup aku..Kak, vind rindu akak..andai kata Vind ikut kata suami akak supaya stay kt Johor lagi, sudah tentu Vind dapat meluangkan masa yang panjang bersama akak kan. Selepas bergambar dengan akak, Vind terus balik Pahang.. Bus yang Vind naiki tu nyaris2 nak accident, mujur driver sempat mengelak dari bertembung dengan sebuah kereta dan juga seekor lembu.. Rupanya kejadian tu merupakan tanda kali terakhir Vind menjejakkan kaki ke Gelang Patah, Johor..kak, Vind xsangka semua ni berakhir..Vind rindu kan akak..Terlalu rindu..Ya Allah kuatkan semangat aku untuk menanggung semua ni..Semoga arwah akak di masukkan di kalangan orang yang beriman.. AMIN..
Semasa di poli dulu, kita mula berkenalan..masa tu wujud keserasian dalam hati ku bersama dengan mu..indahnya di waktu perkenalan kita dahulu..Pada sem5 kita sama-sama ke masjid untuk menunaikan solat magrib dan isyak. Bila Vind xpaham Math Kejuruteraan, akak hadir dalam hidup Vind untuk membantu Vind supaya Vind mahir dalam subject tersebut..Andai kata akak x bagi kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada Vind sudah tentu Vind tidak akan menjejakkan kaki ke menara gading seperti sekarang.. akak, jasa dan pengorbanan akak akan vind kenang sehingga akhir hayat Vind.
Akak, Vind xsangka akak pergi meninggalkan Vind.. Terlalu sukar untuk Vind terima semua ni..Tapi apa kan daya Vind, Tuhan terlalu sayangkan akak..Akak seorang insan yang diciptakan terlalu baik untuk berkawan dengan Vind. Segala kisah pahit manis Vind kongsikan dengan akak dan begitu juga dengan akak.. Indahnyer saat itu..
Akak, Vind terkenangkan segala kenangan yang kita lalui bersama-sama. Bila tiba waktu puasa, kita sama-sama pergi membeli kuih untuk berbuka puasa. Bila tiba sahurnya pula, Vind suruh akak kejutkan Vind, untuk kita sama-sama memasak bagi juadah bersahur.. Segala hal rumah sewa kita, akak yang uruskan..Kami semua percaya dengan akak.. Akak la yang kutip duit, akak juga la yang serahkan duit sewa kepada tuan rumah, akak juga la yang telefon tuan rumah.. segalanya akak yang buatkan.. Vind hanya temankan akak berjumpa tuan rumah.. terlalu besar pengorbanan akak melayan kami semua..Bila bercakap dengan akak, akak bercakap dengan tenang, Vind suka dengan gaya akak. Bila Vind ada masalah belajar, akak bantu Vind, xjemu2 akak mengajar Vind.. Bila Vind punyai masalah bersama si dia, akak juga yang bagi nasihat, akak juga tenangkan vind.. kak, vind rindukan semua tu.. Walaupun akak sambung belajar di Johor dan Vind di Perlis, jarak tu x memisahkan kita..Bila online, kita chat.. Bila rindu dengan akak, Vind call akak, message akak..dan akak pun begitu.. Terlalu singkat masa yang ada untuk bersama akak..akak insan yang terpilih untuk mengadap Maha Pencipta dalam usia yang muda..Vind tau akak pasti ke Syurga kerana Vind selalu tengok akak rajin mengaji, baik tutur kata dan tingkah laku serta suka membantu rakan-rakan jika mempunyai masalah..
Akak terlalu tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan akak. Vind xsangka akak pergi dengan cepat. rupanya disebalik senyuman akak tu, akak menanggung kesakitan..sampai sekarang Vind masih xpercaya akak dah meninggalkan kami semua..semoga akak tenang di sana, dan Vind berjanji kak, Vind xkan putus2 mendoakan kesejahteraan akak, itu saja yang dapat Vind bantu akak.. Akak tunggu Vind di sana nanti yer..
Semoga arwah akak di tempatkan di kalangan orang beriman..AMIN
Semoga roh arwah akak di cucuri rahmat..AMIN
Semoga arwah akak tenang di sana..AMIN
Semoga arwah akak di jauhkan dari seksa kubur..AMIN
Semasa hayat arwah akak bersama Vind, arwah akak xpernah sakitkan hati Vind..Malah arwah akak merupakan insan yang paling baik buat diri Vind..
AL FATIHAH buat arwah tersayang.
Semoga arwah akak di tempatkan di kalangan orang beriman..AMIN
Semoga roh arwah akak di cucuri rahmat..AMIN
Semoga arwah akak tenang di sana..AMIN
Semoga arwah akak di jauhkan dari seksa kubur..AMIN
Semasa hayat arwah akak bersama Vind, arwah akak xpernah sakitkan hati Vind..Malah arwah akak merupakan insan yang paling baik buat diri Vind..
AL FATIHAH buat arwah tersayang.
Sahabat sejati sukar dicari akan sentiasa dihati...
ReplyDeleteKalau nak kerja kat dubai kena kahwin dulu ..ok
ReplyDelete