Betapa sukarnya mencari teman
yang dapat memahami diri kita seadanya. Terasa sunyi + sedih bila mengenangkan
sahabat yang telah kembali ke rahmatullah. Sebelum ni, segala masalah di kongsi
bersama. Apabila aku keseorangan, aku pasti teringat akan diri mu. Apabila aku
jumpa “insan baru”, kau menasihati ku supaya berhati-hati apabila berkawan
dengannya, jangan sampai jatuh hati kepadanya. Aku tau, dia bukan insan yang
baik buat diriku, tetapi aku hanya berkawan dengannya kerana mahu mengisi
kekosongan hati aku di kala itu.
Aku masih ingat, masakan ikan masak asam pedas
paling aku gemari saat itu. Bila aku teringin, aku pasti suruh di kau
memasaknya. Kau terror bab memasak ikan masak asam pedas hingga aku terpikat
dengan masakan mu. Rindunya nak merasa masakan dari air tangan di kau. Saat
itu, pasti tidak akan menjelma lagi. Apabila aku study a.k.a stay up, aku pasti
teringatkan di kau. Kau menjadi contoh buat diriku. Semasa hayat, kau rajin
study, aku berjanji dalam hidup aku, aku nak teruskan perjuangan kau dalam
menimba ilmu. Aku nak kau gembira, meskipun kau berlainan alam dengan ku.
Sahabat, betapa sukarnya aku
mencari teman sejati seperti di kau..semoga di kau di tenang di sana. Aku pasti
menemui di kau bila ajal aku menjemput aku.. AL FATIHAH
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu
Sahabatku
Akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
No comments:
Post a Comment