Followers

Tuesday, November 8, 2011

Raya Haji Yang Paling Bermakna

6hb11 2011 bersamaan 10 Zulhijjah merupakan raya haji yang paling bermakna buat diriku. Tahun lepas aku tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah tahun ini aku dapat beraya bersama ahli keluarga, saudara mara dan juga sahabat yang datang dari jauh.

Tetamu yang aku tunggu sudah tiba di kediaman rumah ku. Alangkah gembiranya apabila sahabat dari Johor datang bersama keluarganya (2 buah kereta tiba di pekarangan rumah). Aku menyediakan makanan untuk para tetamu yang datang. Gembira apabila dapat bertemu sahabat dan juga ahli keluarganya. Akhirnya sahabat dari Johor dapat juga menjejakkan kaki ke rumah ku.

Kemudian rombongan dari Parit Raja pula datang, juga dari Johor. Sebelah kampung dengan sahabat ku yang mula-mula datang tadi. Kali ni rombongan seramai 3 buah kereta bersama ahli keluarga. Tidak terfikir di fikiran bahawa sahabat ini akan beraya di rumah, tambahan pula datang bersama ahli keluarganya, memang tidak terfikir dek akal ku.

Tetamu yang hadir sempat berkata "ada majlis apa-apa ke rumah ni", mana x nyer, penuh 1 rumah ku, sebab yang hadir datang serentak, mau x penuh halaman rumahku. Thanks buat sahabat dan juga ahli keluarga sahabat dari Parit Daun, Johor dan juga sahabat dari Parit Raja juga dari Johor di atas kesudian kalian beraya di rumah ku dan untuk melihat diriku selepas accident di Perlis baru-baru ini.

Selepas sahabat ku pulang bersama ahli keluarga masing-masing, datang pula saudara mara ke kediaman ku. Tidak putus-putus tetamu yang datang. Alhamdulillah, tetamu yang hadir membawa rezeki buat diriku.

Pada sebelah petang, tetamu dari Kuantan pula datang. Keluarga tuttttttt..hehehe..opsssssssss, k2..saja buat gempak :p (tapi memang betul la keluarga dia datang beraya petang tu)

Selama ni aku tidak pernah segembira begini di raya haji. Selalu aku gembira n excited di raya Aidilfitri saja, tapi buat pertama kalinya dalam hidupku aku excited untuk menunggu hari raya Aidiladha.


Menu di hari raya Aidiladha




Thanks buat Abg Bob dan family serta Razman n family cz sudi ke kediaman ku..:0)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...