Followers

Saturday, May 28, 2011

buat diriku dan rakan-rakan yang seangkatan dengan ku

Aku pernah putus cinta. Buat sahabat yang pernah lalui apa yang aku rasakan sebelum ni, jom layan blog aku..artikal ni aku jumpa kat internat juga..so aku cam berminat n post la kat blog aku. Putus cinta tu sakitkan. Sikit atau banyak tetap terasa sakitnya. Ada orang yang merana disebabkan putus cinta ni. (cam aku juga la merana sampai sekarang) ada yang berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun merana dek kerana cinta. Normal la tu. Kita kan manusia biasa je.







Aku nak kongsi perkara yang perlu aku buat bagi menenangkan hati aku akibat putus cinta. Kowang pun leh cuba


1) Dengan mengingati Allah S.W.T., hati akan menjadi tenang
Teguhkan pegangan agama. Perbanyakkan & pertingkatkan ibadah. Selalu berdoa agar dikurniakan hati yang tenang, diberkati hidup. Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat taubat & solat sunat tahajud. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia, lebih tenang. Jangan takut untuk solat sunat istikharah (aku cakap macam ni sebab ada member-member aku cakap dorang takut nak buat) Solat istikharah tu untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. dan petunjuk itu tak semestinya datag dalam bentuk mimpi, ada yang datang dalam bentuk gerak hati kita dan lain-lain lagi. 
2) Luah kepada orang yang tersayang

Luahkan dan kongsi masalah yang korang hadapi dengan orang-orang yang rapat dengan korang terutamanya keluarga. Ibu adalah pendengar yang setia. Percaya la. Kongsikan dengan rakan-rakan terdekat. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. Meluah dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran. Bagi sesiapa yang ada blog tu, boleh luahkan kat blog tapi jangan over sangat. Jangan risau la, pasti ada yang akan memahami, yang akan bagi kata-kata semangat.








3)  Simpan semua pemberian/hadiah
Masa bersama dengan si kekasih dulu, mesti ada hadiah atau barangan yang diterima kan? Hadiah hari jadi, hari-hari biasa pun tetap dapat jugak kan? Tak payah kelentong la, aku tau. Haha. Simpan semua hadiah/barangan yang berkaitan dengan si dia. SEMUA! Jangan biarkan fikiran korang terus hanyut memikirkan si dia setiap kali terlihat apa jua barangan yang berkaitan dengan si dia. Kenapa simpan? Buang terus tak boleh ke? Sebaiknya jangan la dibuang terus. Kita tak tau apa yang akan terjadi nanti kan. Mungkin ada jodoh dengannya. Kalau nanti confirm kahwin dengan orang lain, buang terus je la. Tak payah simpan lagi semua tu. Bina hidup baru dengan insan lain.








4) Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif

Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan. Enjoykan diri dengan rakan-rakan. Jangan biarkan perasaan suram tu terus menyelubungi diri. Kalau suka berblogging tu teruskan menulis dengan kerap. Dengan melakukan aktiviti yang kita suka, sedikit sebanyak kita dapat mengalih fikiran kita terhadap benda lain & tidak terlalu memikirkan perkara tu.




5) Cari kawan yang berlainan jantina

Kalau korang yang putus cinta ni si gadis, berkawan la ramai jejaka, begitu lah sebaliknya. Berkawan pun jangan sampai melampaui batasan adab & agama ya? Ingat tu. So, dengan mempunyai kawan yang berlainan jantina, korang kena fikir yang korang masih ada ramai pilihan untuk dijadikan teman hidup. Masih ramai lagi yang sudi mendekati korang. Masih ramai lagi yang lebih baik untuk diri kita.


6) Jangan bersendirian

Kebanyakkan orang yang putus cinta ni suka duduk sorang-sorang, bersendirian, berkurung dalam bilik dan lain-lain lagi yang seumpamanya. ( cam aku la, suka menyendiri dan memikirkan masalah ni, erm ). Sebenarnya jangan terlalu mengikut perasaan. Bukannya tak boleh, tapi jangan sampai terpisah dengan dunia luar. Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan.





7) Ingat esok masih ada
Dunia dah berakhirkah kalau si dia tinggalkan korang? Masa depan korang dah hancur kah kalau si dia pilih yang lain? Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk korang fokus selain masalah cinta. Ambil peluang setelah putus cinta ni untuk fokus kepada keluarga, kepada pelajaran atau kerjaya! Best tau. Dah takde komitmen, boleh fokus sepenuhnya kepada perkara lain. Bagi yang dah bekerja, boleh kumpul duit banyak-banyak.




8) Elakkan dengar lagu sedih.

Dah la jiwa tengah kacau, perasaan tak menentu, layan pulak lagu jiwang. Nak masuk dengan jiwa la katakan. Jangan. Kalau macam tu yang sedih makin pedih. Dengar lagu-lagu yang memberi semangat sikit. Lagu-lagu yang memberi harapan & motivasi. Tapi dalam kisah aku, aku suka layan lagu Dadali, Di saat aku mencintaimu, sedih lagu ni, tapi nak buat cam mana, kalu bukan jodoh, xkan nak paksa2..Vind sedar la woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

9) Kerana dirimu begitu berharga

Jangan rendah diri kalau ditinggalkan. Ingat, korang ada SATU saja di atas muka bumi ni. Takde korang yang ke-2,ke-3 dan seterusnya. Hargai diri sendiri. Rasakan diri korang ni hebat. Mampu dapat yang lebih baik dari si dia. Dan jangan lupa muhasabahkan diri korang, jangan lupa perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan. Well, if you're hoping for someone better, you deserve to be better first!



10) Menangis
Ada orang cakap, entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla. Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you.Ok, for me, menangis tu salah satu cara meluah perasaan. Meluah melalui titisan air mata yang deras mengalir (cheewaahh lagii untuk aku.Macam tuuttt!) Takde la, jangan la menangis sebab si dia, menangis sebab sedih dah la, nangis sebab hati sakit. Jangan ditahan kalau nak nangis tu. Makin ditahan makin tak menentu.




11) Bayangkan bakal pasanganmu

imaginekan siapa bakal pengganti si dia. Imagine macam mana korang akan bertemu nanti, macam mana kisahnya. Imagine kan si dia yang bakal kahwin dengan korang nanti mesti comel/cute/hensem/baik/penyayang. Mesti korang rasa happy punya.


12) Cari pengganti
Tips yang ni aku tak galakkan sangat melainkan korang mencari pengganti tu untuk di jadikan calon isteri/suami. Boleh ke korang nak sayang orang lain dalam keadaan korang yang masih sakit & merana tu? Lupakan la pasal couple-couple ni kalau dah putus cinta. Tapi kalau korang boleh jamin yang korang takkan permainkan insan lain semata-mata mahu mengubati hati/membalas dendam akibat putus cinta ni, boleh je cari pengganti. Dah jumpa tu kahwin je terus. Bina hidup sebaiknya. Itu yang terbaik. Tapi jangan jadi playboy/playgirl, terutamanya PLAYBOY. Cukup tak suka dengan playboy. Ingat la yang ni, kalau kita aniaya orang, esok lusa kita yang akan kena balik. Ingat tu ya?












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...