Followers

Thursday, May 19, 2011

SeAnDa!NyA........



Seandainya aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku berharap,
Jika Allah temukan kita,
Kau akan selalu membimbingku ke jalan yang benar,
Supaya aku menjadi wanita solehah,
Di mana aku akan menjadi bidadarimu di syurga,
Kerana aku mahu kita disatukan di dunia dan akhirat kelak...


Seandainya kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku,
Jadilah bapa yang boleh mendidik anak kita berdua,
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat,
Iaitu anak yang soleh dan solehah,
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah...


Seandainya engkau ditakdirkan untukku,
Aku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku,
Engkau juga boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita,
Engkau juga mampu mencintai aku apa seadanya,
Dan mampu mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan...


Seandainya aku tersalah,
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan,
Seandainya aku marah,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu,
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan,
Seandainya aku terlupa,
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang,
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita...


Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku,
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya,
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu,
Buat bakal imam Ku...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...