Followers

Tuesday, January 31, 2012

seandainya lelaki tahu




Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 
Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “Tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula tanpa kenal erti penat jemu dan tanpa berputus asa. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda- kredit Jodoh pertemuan di tangan Tuhan
*terima kasih kerana awak pernah membahagiakan saya walaupun awak menganggap saya hanya sebagai seorang sahabat....


Monday, January 23, 2012

Redha itu ikhlas tapi pasrah itu menyerah



sekuat mana saya setia dengan awak,
sehebat mana saya merancang,
sejauh mana saya menunggu,
sekeras mana saya bersabar,
sejujur mana saya menerima awk,
saya sanggup. biar saya aja yang terluka sebab saya tak sanggup nak tengok awak terluka bila awak kehilangan insan yang awak cintai sekarang.. Redha itu ikhlas tapi pasrah itu menyerah..

kadang-kadang kita terpaksa menjauhkan diri dari hidup seseorang demi sebuah kebahagiaan, kerana kita tau mencintainya akan membuatkan kita lebih terluka kerana hanya kita sahaja yang sentiasa mengharapkan sinar akan kembali dalam hubungan tersebut..

*Dengan melihat orang yang dicintai bahagia, kita pun bahagia??? Betul ker?? Atau kita hanya berpura-pura bahagia, walau di sebalik kebahagiaan tu ada air mata yang mengalir…



Monday, December 26, 2011

Mencari tempat pratikal

Sekarang musim student di Universiti Vind Aldama mencari tempat untuk menjalani latihan industri. Student lain sibukkan diri untuk memilih tempat latihan yang di berikan oleh pihak Universiti. Tidak terkecuali diri ku sendiri. 



Bila buka email yang di berikan oleh pihak U, semangat la Vind Aldama memilih senarai latihan industri di tanah air Vind Aldama sendiri. Tangan dan mata berkerjasama dengan laptop kesayangan ku untuk memastikan dapat menjalani latihan industri di negeri sendiri. Tetapi, u all see la yer apa hasilnya..


Tadaaaaaaa




Dalam beratus senarai yang diberikan, HANYA SATU tempat aja di Pahang yang tersenarai dalam list yang diberikan leh pihak U..Lipis??????? ( wah tempat kenangan Vind Aldama kowt )ermmmm.. Kaya kowt kalu buat latihan industri kat situ..Lubuk emas.hihihi.

Kalau ada rakan2 leh suggest kan tempat pratikal, bagitau Vind Aldama yer..:0)




Saturday, December 24, 2011

Kenangan bersama Siti Nurhaliza

Kenangan bersama Siti Nurhaliza.. time ni memang ramai giler peminat Siti nak berjumpa dengannyer. Bersesak2 kowt. Vind Aldama pun tidak terkecuali berada dalam situasi tersebut. Time tu Siti berada di Watsons Kangar Perlis untuk mengisi dana bagi seorang insan yang akan menjalani pembedahan jantung. Kira Siti sahut cabaran collect 8ribu dalam masa 2 jam.. So ramai la peminat Siti nak membantu adik yang akan menjalani pembedahan tersebut dengan membeli produk Siti di samping dapat berjumpa dengan Siti face to face.

So Vind Aldama bersama Pija terpaksa berebut2 untuk berjumpa dengan Siti & hasilnya...

 Pija, Siti and Vind Aldama




TIDAK SETUJU

Baru2 ni aku deactivate my FB.. tapi sehari selepas abis midterm aku pun active kan kembali my FB and nak jadi kan cerita, aku terbaca la salah 1 status kat funpage yang aku join tu..


Jom kita sama-sama lihat



and Vind Aldama pun memberi sedikit comment kat funpage tersebut..



so jawapan untuk soalan tu, Vind Aldama say "TIDAK SETUJU"


Friday, December 9, 2011

Bila hati berbicara




Walau kita lari dari kenyataan, ia tetap akan berlaku. Walau kamu cuba lari dari aku, jika di luh mahfuz tertulis nama kita, kamu tidak akan ke mana. Aku akan terus menunggu dan menunggu di kau yang selalu selingkuh dan tidak pernah berpaling walau aku selalu menebalkan muka ini kerana kamu, kerana aku tahu istikharah itu adalah pasti dan tidak pernah menipu aku selama ini.


Aku tidak pernah memilihmu untuk diri ku, tapi ALLAH yang memilihmu untuk diriku…
Aku tidak pernah mengharap untuk mencintai dirimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..
Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingi mu, tapi ALLAH yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..
Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa cinta ini terhadap mu, tapi ALLAH yang telah menberi rasa ini  kepada ku dan aku harus menempuhinya.


Kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang,
Kalau tidak mampu untuk setia, jangan pernah membuat janji,
Kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah beri harapan,
Luka di luar cepat sembuh, tetapi luka di dalam tiada siapa yang tahu..




Waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingat lah saat kamu ingin mendapatkannya.
Di waktu kamu tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya,
Di waktu kamu mula bosan dengannya, ingatlah saat terindah kamu bersamanya,
Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia sentiasa setia kepadamu,
Melepaskan sesuatu yang lain, belum tentu seperti menanam bunga di waktu hujan, di mana kita belum pasti akan kesuburannya,
Begitu la jua hati ini,
Menerima orang lain yang belum pasti kita yakin kita mampu memberi kasih sayang sepenuhnya,
Kerana mungkin keputusan itu tidak akan membahagiakan mana-mana pihak..


Engkau mungkin akan melupakan insan yang pernah ketawa dengan mu, tetapi tidak mungkin engkau dapat melupakan orang yang pernah menangis bersama dengan mu suatu masa dahulu.



Just untuk gembira kan hati aku..
I don’t have time to hate people who hate me cuz I’m busy in loving people who love me..



Tuesday, November 8, 2011

Raya Haji Yang Paling Bermakna

6hb11 2011 bersamaan 10 Zulhijjah merupakan raya haji yang paling bermakna buat diriku. Tahun lepas aku tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah tahun ini aku dapat beraya bersama ahli keluarga, saudara mara dan juga sahabat yang datang dari jauh.

Tetamu yang aku tunggu sudah tiba di kediaman rumah ku. Alangkah gembiranya apabila sahabat dari Johor datang bersama keluarganya (2 buah kereta tiba di pekarangan rumah). Aku menyediakan makanan untuk para tetamu yang datang. Gembira apabila dapat bertemu sahabat dan juga ahli keluarganya. Akhirnya sahabat dari Johor dapat juga menjejakkan kaki ke rumah ku.

Kemudian rombongan dari Parit Raja pula datang, juga dari Johor. Sebelah kampung dengan sahabat ku yang mula-mula datang tadi. Kali ni rombongan seramai 3 buah kereta bersama ahli keluarga. Tidak terfikir di fikiran bahawa sahabat ini akan beraya di rumah, tambahan pula datang bersama ahli keluarganya, memang tidak terfikir dek akal ku.

Tetamu yang hadir sempat berkata "ada majlis apa-apa ke rumah ni", mana x nyer, penuh 1 rumah ku, sebab yang hadir datang serentak, mau x penuh halaman rumahku. Thanks buat sahabat dan juga ahli keluarga sahabat dari Parit Daun, Johor dan juga sahabat dari Parit Raja juga dari Johor di atas kesudian kalian beraya di rumah ku dan untuk melihat diriku selepas accident di Perlis baru-baru ini.

Selepas sahabat ku pulang bersama ahli keluarga masing-masing, datang pula saudara mara ke kediaman ku. Tidak putus-putus tetamu yang datang. Alhamdulillah, tetamu yang hadir membawa rezeki buat diriku.

Pada sebelah petang, tetamu dari Kuantan pula datang. Keluarga tuttttttt..hehehe..opsssssssss, k2..saja buat gempak :p (tapi memang betul la keluarga dia datang beraya petang tu)

Selama ni aku tidak pernah segembira begini di raya haji. Selalu aku gembira n excited di raya Aidilfitri saja, tapi buat pertama kalinya dalam hidupku aku excited untuk menunggu hari raya Aidiladha.


Menu di hari raya Aidiladha




Thanks buat Abg Bob dan family serta Razman n family cz sudi ke kediaman ku..:0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...