Followers

Sunday, July 17, 2011

MeNg!DaM LaKsA

Aku teringin sangat nak makan laksa..Laksa buatan my mum, xterdapat di kedai2 berhampiran anda :0)..Laksa yang di jual di kedai xbest, buat membazir duit plus sakit ati.. Baik buat sendiri, siap boleh tambah tanpa segan silu.Lama dah aku mengidam nak makan laksa, hasil dari air tangan my mum. Disebabkan sibuk dek urusan yang xdapat di elakkan, maka tertangguh la mengidam aku nih..tapi pagi tadi, bangun jer dari tido, laksa kegemaranku dah siap.. opssssssssss.. xtolong pun my mum.. :0)

Aku dengan sukarelanya nak masukkan la dalam my blog cara-cara penyediaan laksa ni..nanti bila dah balik Paris teringin makan laksa my mum lagi, boleh la open blog ni, sekadar tengok gambar jadi la, nak balik kampung halaman jauh dah.


1st.....................................................
Ikan yang aku gunakan untuk buat kuah laksa adalah ikan selayang..Rebus dahulu ikan ni n setelah siap direbus, asingkan tulang dan ambil isi ikan tersebut lalu di tumbuk.(lagi banyak ikan, lagi best taw)

 +


2nd....................................................

 +
 +
+
 
+
Bahan-bahan di atas hendaklah di tumbuk @ blender terlebih dahulu


3th....................................................
 +
+
Masukkan santan, asam keping, sedikit garam dan bahan-bahan yang ditumbuk sebentar tadi ke dalam periuk untuk dimasak


4th...................................................

Rebus laksa
+
 Rebus telur


Untuk penambah selera....
+

 +
+

And then bagi yang sukakan pedas boleh la tambah lada kering yang sudah diblender.
 +
 
Berserta belacan

 
N tadaaaaaaaaaaaaaa

pic di atas lum di tambah telur, timun dan sambal



tadaaaaaaaaaaa..ni la my mum yang buat laksa kesukaan ku..da bestttttttt

Saturday, July 16, 2011

Haiwan yang pemalu di abad ini :0)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, July 15, 2011

ZaMaN KaNaK2 R!BeNa


Aku di lahirkan pada tahun 1987..zaman aku kanak-kanak ribena merupakan saat yang paling indah buat diriku.. masa tu aku tak perlu fikir masalah, tak perlu fikir duit ( yang aku tau tiap2 hari family aku akan bekalkan duit untuk aku belanjer ), xperlu fikir nak beli handphone i phone 4 or sony xperia 10, xperlu fikir couple2.. indahnyer saat tu.. jom imbau kembali saat2 indah tu .. budak2 sekarang xdapat dah merasa zaman 80an n 90an tu.. dpaorang lahir2, terus ada laptop, astro, playstation..betul x..



ni situasi di zaman kanak2 ribena aku dulu..

Semasa di sekolah rendah adalah salesman datang promote buku..dpaorang bagi list n then balik umah bincang ngan keluarga nak beli buku yang mana..masa darjah 1 aku suka buku warna2..mean buku yang boleh di warnakan, ada gambar binatang, buah2an and all..start darjah 2 n seterusnya beli buku cerita la plak, tapi masa tu aku tak terfikir lak nak beli buku2 latihan untuk UPSR..huhuhu



Ada juga salesman jual vitagen..huhuhu..best wooo..tanda jer kat list nak vitagen perisa apa..zaman sekarang xde dah kowt cam tu




Zaman aku dulu pernah la ada 1 program sifir. sapa dapat hafal semua sifir dari sifir 1 hingga 12 akan dapat lencana emas..wah..masing2 berlumba2 la nak dapat. tiap kali rehat berebut la budak2 cam aku p jumpa cikgu kat bilik guru, beratur nak hafal sifir depan cikgu, bila berjaya, tandatangan akan diturunkan di kad sifir tersebut..aku masa dulu mudah aja, cari cikgu yang xgarang, nanti cikgu tu xsoal banyak kat aku..huhuhu





Zaman kanak2 ribena aku dulu wujud la pensel box yang boleh buka depan belakang, yang ada sharpener kat tepi tu, ada gambar kartun kat cover pensel box tu..masa tu aku xmerasa pun pakai pensel box tu, sbb mahal..so aku xnak la susahkan keluarga aku..bagus x aku..huhuhu





Ni kanak-kanak lelaki selalu guna untuk dijadikan bekas pensel. Jimat dan murah..Bekas pensel ni diperbuat daripada cover video tape. zaman sekarang kalau suruh budak-budak pakai mesti xnak kan, mesti dpaorang malu..betul x.

Boleh di katakan tiap minggu mesti beli pemadam. Pemadam ni zaman kanak2 ribena aku n kekawan buat lawan pemadam.. Masa tu pemadam ada logo bendera..Tu la xtvt membuang masa aku bersama rakan2 semasa menunggu kemunculan cikgu masuk ke kelas. Kan bagus masa tu kalu aku manfaatkan dengan membaca buku, mesti sekarang aku dah duk overC untuk sambung master kan..tapi xpela, setakat ni aja rezeki yang aku ada..Aku bersyukur




Ni pembaris zaman aku dulu..dalam pembaris tu ada air siap ada bling2 lagi, ada ikan berenang2 lam tu..rasanya ramai yang beli pembaris ni, cam 1 trend la.

& dalam kelas mesti ada 1 pembaris panjang warna kuning, ada pemegang kat tengah2 pembaris tu, kegunaan pembaris ni adalah untuk gariskan garisan di atas papan hitam dan kegunaan yang kedua adalah untuk hukuman, kira cam denda la, siapa xbawa buku pappppppppppppppp kena pukul dengan menggunakan pembaris kuning tersebut..huhuhu


Zaman aku dulu, bulu ayam di jadikan senjata no2 untuk jatuhkan hukuman rotan..memang best la siapa yang kena.

Masa pendidikan seni best.  Aku belajar cam2 cara dengan menggunakan kertas warna..Minggu sebelumnya cikgu dah pesan awal2, minggu depan bawa kertas warna, aku cam biasa la, last minute punya kerja. malam tu terkial2 cari kertas warna untuk subject pendidikan seni.. Tadaaaaaaa..cam ni la aktiviti aku zaman kanak2 ribena..





TORA DATANG LAGI..tadaaaaaaaaa...zaman kanak-kanak ribena dulu, asal p kedai mesti cari Tora..ada mainan lam kotak tora tu n ada coklat biskut bentuk bulat.. 


Yang ni lak bubble gum..teringin nak makan bubble gum cam ni lagi..best

 
 
Dulu mana la nak jumpa ferrero rocher.. yang ada kandos
 
 
Ni gula-gula favorite aku..Milk pilihan yang tepat buat citarasa aku
 
 
Ni satu lagi gula-gula yang di beri nama push pop..memory aku  sekarang terkenang zaman keriangan kanak-kanak ribena dulu la..bestnyerrrr

Ini coklat celup, celup2..


Zaman aku dulu lum wujud lagi game farm ville, game shoyuemi naked turtle cam kat facebook tu..Aku dulu main game ni la..gilir-gilir main brick game ni ngan adik beradik aku..

Masa perhimpunan tiap hari Isnin buku ni la aku bawa..konon-konon catat apa yang cikgu cakap kata atas pentas tu..

 
Yang ni aiskrim zaman aku dulu la..family aku xbagi makan aiskrim ni..10sen 1 aiskrim ni, siap boleh share ngan kawan..

Permainan ni aku n rakan-rakan aku main bila abis exam..contohnya di mainkan apabila ujian akhir tahun tamat dijalankan..diberi gelaran tudung oren, xkisah la penutup botol tu perisa apa sekali pun, still dipanggil tutup oren..

Opsss..baru2 ni sambil tunggu last paper kat UniMAp, aku sempat gak main tudung oren..Asyik main game lam laptop jer, sekali sekali apa salah nyer main permainan zaman kanak-kanak ribena aku dulu..



Monday, July 11, 2011

BuAt InSaN YaNg MemAhAm!


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. JANGAN lah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.





Begitu juga, setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah dia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya,janganlah sesekali kamu mempersiakannya begitu sahaja, kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK akan dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati diri mu




Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada, jangan mengharap pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar KEPERLUAN mu..Apabila sekali ia retak, tentu ia sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia akan di buang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat di gunakan lagi.





Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu emnganggapnya begitu ISTIMEWA, anggaplah dia insan biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya,akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya, sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat.


Jika kamu memiliki sepinggan nasi, di mana kamu pasti baik untuk dirimu,sebab boleh mengenyangkan buat mu, berkhasiat, tetapi mengapa kamu berlegah cuba mencari makanan yang lain, terlalu mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi..kan kamu akan MENYESAL.


Begitu juga jika kamu telah BERTEMU dengan seseorang insan, yang pasti si dia membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU, mengapa kamu berlengah cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain, kamu terlalu mengejar KESEMPURNAAN, kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi MILIK orang lain, kamu juga akan MENYESAL

Sunday, July 10, 2011

Pedoman Buat Yang Bergelar Suami



1. Kita sebagai suami perlu menghargai usaha yang telah isteri lakukan selama ini. Zaman sekarang, rata-rata isteri memiliki kerjaya tersendiri, maka si suami perlu la membantu si isteri dalam hal menguruskan rumah tangga. Ingat suami aja penat setelah seharian bekerja? Sama-sama fikirkan, untuk kebahagiaan rumah tangga sendiri juga nanti.

2. Ni satu hal..isteri dah penat masak, yang si suami lak jangan la nak bandingkan masakan isteri dengan mak anda ataupun masakan kedai..tolanglah hargai.Kita sama-sama makan kan.Apa yang ada makan la yer.

3. Tanggungjawab apabila berumah tangga ni berat sebenarnya. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat taw. Sama-sama kita renungkan.

4. Bila berumah tangga dan ada rezeki, kita di kurniakan cahaya mata. Alhamdulillah. Anak yang di anugerahkan oleh Allah tu adalah tanggungjawab bersama. Kita xmau la, bila si isteri tengah makan bersama si suami, si suami suruh si isteri tukarkan lampin si anak, sedangkan si suami duduk tersandar.. Sama-sama membantu kan lebih manis.

5. Ni part bila pasangan suami isteri berkerjaya..Si isteri baru balik kerja, si suami jangan la duduk tengok TV aja. Kesian kat si isteri, balik kerja terus kemas rumah, basuh baju, memasak, mandikan anak and all..Penat kerja di pejabat pun belum abis lagi taw. Apa kata si suami bantu sekali. Kerja pun jadi cepat dan mudah..Sama-sama pikul tanggungjawab..Kan nice.

6. Jikalau si suami makan dahulu, apa kata tinggalkan sedikit lauk untuk si isteri. Jangan la tinggalkan lauk untuk si isteri cam janggut sotong or sayur kangkung tinggal batang aja. ( tapi lam kes ni, aku suka janggut sotong, badan sotong aku x berapa gemar..huhuhu). Simpati la sikit. 1 lagi aku nak tambah, kalau si isteri masak ikan dan sayur sahaja, si suami makan aja la yer, jangan la ungkit mana sambal belacan, mana telur..Makan apa yang ada yer.

7. Si suami dengar yer. Kalau si suami nak ajak kawan-kawan sepejabat datang rumah, apa salahnya bagitau pada si isteri dahulu. Bukan apa, bayangkan kalau keadaan rumah bersepah dengan mainan anak-anak dan si isteri masak maggi aja hari tu, kan memalukan buat pihak suami.

8. Ha yang ni pula mengenai saiz badan. Jangan la menyakat soal saiz badan..sensitif oooo. Sebelum kahwin boleh aja terima size badan isteri, kahwin pun bukan sebab saiz badan kan, sebab sayang kan..so sama-sama renungkan.

9. Macam mana si suami hormat kat ibu bapanya, cam tu juga la hormat pada ibu dan bapa mentua.

10. Hal-hal keperluan rumahtangga jangan la berkira. Untuk keperluan bersama juga kan.

11.Bab-bab pengotor..erm, bukan nak kata semua lelaki jenis cam tu. Jangan salah faham. Ni situasi dalam bilik air..bila dah gosok gigi, penutup ubat gigi jangan la lupa tutup and simpan la semula ubat gigi tu di mana si suami ambil pada mulanya. 1 lagi flush la bila dah guna tandas. Untuk kebersihan rumah kita juga kan.

11. Ringan kan tulang anda. Tanya la pada si isteri, samada memerlukan khidmat bantuan seperti menjaga anak, lipat kain and all. Bantu membantu kan amalan mulia.

12. Hormat adalah perkara yang perlu di titik beratkan. Jika si suami mahu di hormati, begitula juga dengan si isteri. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia macam anda.

13. Jangan sesekali main kayu tiga dengan perempuan lain. Cuba pikir, kalau si isteri yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa si isteri kena tolerate kalau si suami yang buat? So sama-sama fikirkan.

14. Kalau si suami tidak suka sikap isteri, apa kata tegur dengan cara yang baik. Jangan la menengking. Si isteri ada hati dan perasaan juga.

15. Jikalau si isteri tidak sihat, cepat-cepat bawa jumpa doctor. Kalau si suami tidak sihat, bukan kah si isteri juga yang menjaganya?? Ambil berat sesama pasangan.

16. Berbincang merupakan perkara paling penting.Berbincanglah dengan si isteri sebelum membuat sesuatu keputusan. Si suami jangan la megah ada kuasa veto, tak jadi bapok la kalau pendapat isteri di ambil kira. Cuba ketepikan ego wahai si suami.

17. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

18. Usaha untuk pertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Kan bahagia kalau rumah tangga aman damai.

19. Hati wanita ni sensitif. Kalau wujud perselisihan faham, jangan la buat xtau aja. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Kan isteri awak juga.

20. Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT, Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...