Followers

Saturday, May 5, 2012

my born day 2 month ago

apy born day Vind Aldama...baru sekarang nak post {pending}...tapi kalau di ikutkan Vind Aldama memang lahir bulan ni, bulan 5...Vind Aldama lahir tidak cukup bulan...what ever la born day bila2 pun, asalkan dah selamat di lahirkan n dah mencapai 25 tahun...tahun depan boleh la sibukkan diri dengan menghantar kad undangan majlis perkahwinan... ahakz....wait n see aja lar

apy birthday {si lesung pipit}, thanks buat geng2 cz sudi menyambut kelahiran Vind Aldama


Vind Aldama celebrate birthday with my lovely {my mum}, nak celebrate 13 March sama2 dengan family di kampung halaman memang susah, tengah further study susah sikit nak balik kampung, so celebrate sebulan awal dari tarikh yang sepatutnya.


celebrate party at Kuala Perlis Indera Kayangan

together with my friend

 with Artikah my roomate

 with Dhuhar, also my roomate

 with my housemate Pija aka ex classmate

lepak sebentar

:0)

 wink wink

note : Vind Aldama sudah temuk @ gemuk... {xada kena mengena ngan tajuk di atas, yang penting Vind Aldama dah temuk, sekian...ahak}

Tuesday, April 10, 2012

together with him {wink wink}

Hari yang di nantikan telah tiba, tapi sayang sebulan selepas kenangan manis tu baru Vind Aldama dapat create new story lam my blog...al maklumlah sibuk dengan urusan di campus life.

10hb3 2012 merupakan hari yang Vind Aldama tunggu setelah sekian lama... Apy + berdebar  + ati x menentu, semua bercampur aduk. Cam lagu di bawah ni la { wink wink }

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini CINTA

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Bermula lah kenangan bersama beliau yang bakal di cipta oleh kami berdua..3 hari kami bersama {memang xcukup, tapi xpe lain kali boleh date lagi kan...:p}, kami round2 area utara untuk 3 hari {Perlis, Kedah n Penang}..

 Antara tempat yang kami lawati adalah....

Masjid Terapung Kuala Perlis (menunaikan solat Zohor)

 Sempadan Malaysia / Thailand... time ni kami merancang nak p kedai bebas cukai sempadan Thai untuk beli choc yang melimpah luah, tapi memandangkan kami lewat sampai, so x berpeluang ke sana, myb next time akan ke sana juga. So kami ambil keputusan round2 Padang Besar.

 Menuju ke Padang Besar..cari jersi couple + jersi untuk saudara mara di perantauan :0)

 Lepak Kuala Perlis, jalan2 tepi laut sambil melihat keindahan laut dan juga melayan pakcik yang sibuk mencari belangkas untuk santapan keluarganya. Pakcik tu pandai buat lawak, sampai sekarang kami berdua still ingat lawak pakcik {kalau pakcik tu berpeluang masuk raja lawak, mesti kami vote}

Ni belangkas yang pakcik tu dapat.

pic ni search kt google, aritu xambil pic kuda semata2..hak..{xblh la letak pic kami}...couple naik baru RM10.00, kiranya RM5 one person...aritu kuda ni mengamuk, opss apa yang berlaku kepada si dia??? jeng2, hanya kami yang tahu apa yang berlaku time kejadian...hak2..semua ni kenangan manis kami bersama. Sebelum kejadian, kami makan ikan bakar di Restoran Lynda ikan bakar...syokkkk, layann zassssss.

 ladang tebu di Chuping, ladang tebu paling besar di Malaysia.

 shopping with him...

layan John Carte 3D at Big Cinemas Alor Star

Jambatan Pulau Pinang yang terpanjang di Asia Tenggara dan yang ketiga terpanjang di dunia. Plan nak naik ferry, tapi memandangkan kami sampai Penang dah lewat malam, so naik ikut jambatan ni aja.
 
Lepak Taman Kota Lama Penang, pic di atas ni ambil di google, kami berdua xambil pic tersebut cz sibuk bergambar berdua berlatar belakang bangunan tersebut {belum tiba masanya nak upload pic together with him}


*Dah penat upload pic di atas, sama penat ngan percutian 3hari kami di utara tempoh hari {Perlis, Kedah, Penang}...
*Thanks kepada yang terlibat cz berjaya memegang watak pada waktu tersebut :p

Hadiah pemberian daripada my BB sempena my birthday. Nama diberi, fain. gabungan nama FA + VIN = FAIN..

Cuti midsem ni xdapat bawa Fain balik ke Pahang, kesian Fain, besar sangat kalau nak masukkan dalam luggage... tata Fain, next week mama Fain balik sana yer...muahahaha.. LoL

 Saya {Fain} kena tinggal dalam loker selama cuti midsem
 

Monday, February 6, 2012

dot...dot...dot & dot

kalau awak tak boleh nak mencintai saya, izinkan saya untuk mencintai awk,
kalau awak tak boleh nak menyayangi saya, izinkan saya untuk menyayangi awk,
& kalau suatu hari nanti awk temui kebahagiaan,
saya janji akan pergi dari awk - redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah
walaupun bibir cakap saye bahagia melihat awk bahagia,
tapi hati saye sakit :'(
Pernahkah kita berasa sunyi dan sepi di dalam jiwa.. Tika malam menjelma, hati ini terlalu merindui kenangan manis  bersama mu yang tidak mungkin lagi akan kembali.. Terlalu sebak sehingga menikam di sanubari.. Siapa yang peduli air mata ku mengalir? Siapa yang mengambil tahu tentang hati ku yang terluka?
Kadang-kadang orang yang sentiasa tersenyum sepanjang hari adalah orang yang sering mengalirkan air mata di malam hari

Tuesday, January 31, 2012

seandainya lelaki tahu




Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 
Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “Tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula tanpa kenal erti penat jemu dan tanpa berputus asa. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda- kredit Jodoh pertemuan di tangan Tuhan
*terima kasih kerana awak pernah membahagiakan saya walaupun awak menganggap saya hanya sebagai seorang sahabat....


Monday, January 23, 2012

Redha itu ikhlas tapi pasrah itu menyerah



sekuat mana saya setia dengan awak,
sehebat mana saya merancang,
sejauh mana saya menunggu,
sekeras mana saya bersabar,
sejujur mana saya menerima awk,
saya sanggup. biar saya aja yang terluka sebab saya tak sanggup nak tengok awak terluka bila awak kehilangan insan yang awak cintai sekarang.. Redha itu ikhlas tapi pasrah itu menyerah..

kadang-kadang kita terpaksa menjauhkan diri dari hidup seseorang demi sebuah kebahagiaan, kerana kita tau mencintainya akan membuatkan kita lebih terluka kerana hanya kita sahaja yang sentiasa mengharapkan sinar akan kembali dalam hubungan tersebut..

*Dengan melihat orang yang dicintai bahagia, kita pun bahagia??? Betul ker?? Atau kita hanya berpura-pura bahagia, walau di sebalik kebahagiaan tu ada air mata yang mengalir…



Monday, December 26, 2011

Mencari tempat pratikal

Sekarang musim student di Universiti Vind Aldama mencari tempat untuk menjalani latihan industri. Student lain sibukkan diri untuk memilih tempat latihan yang di berikan oleh pihak Universiti. Tidak terkecuali diri ku sendiri. 



Bila buka email yang di berikan oleh pihak U, semangat la Vind Aldama memilih senarai latihan industri di tanah air Vind Aldama sendiri. Tangan dan mata berkerjasama dengan laptop kesayangan ku untuk memastikan dapat menjalani latihan industri di negeri sendiri. Tetapi, u all see la yer apa hasilnya..


Tadaaaaaaa




Dalam beratus senarai yang diberikan, HANYA SATU tempat aja di Pahang yang tersenarai dalam list yang diberikan leh pihak U..Lipis??????? ( wah tempat kenangan Vind Aldama kowt )ermmmm.. Kaya kowt kalu buat latihan industri kat situ..Lubuk emas.hihihi.

Kalau ada rakan2 leh suggest kan tempat pratikal, bagitau Vind Aldama yer..:0)




Saturday, December 24, 2011

Kenangan bersama Siti Nurhaliza

Kenangan bersama Siti Nurhaliza.. time ni memang ramai giler peminat Siti nak berjumpa dengannyer. Bersesak2 kowt. Vind Aldama pun tidak terkecuali berada dalam situasi tersebut. Time tu Siti berada di Watsons Kangar Perlis untuk mengisi dana bagi seorang insan yang akan menjalani pembedahan jantung. Kira Siti sahut cabaran collect 8ribu dalam masa 2 jam.. So ramai la peminat Siti nak membantu adik yang akan menjalani pembedahan tersebut dengan membeli produk Siti di samping dapat berjumpa dengan Siti face to face.

So Vind Aldama bersama Pija terpaksa berebut2 untuk berjumpa dengan Siti & hasilnya...

 Pija, Siti and Vind Aldama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...