Followers

Tuesday, May 17, 2011

my education




Hari ni aku nak kongsi cerita kit dengan kekawan..1st, zaman aku kecik-kecik dulu, aku di hantar ke TABIKA KEMAS PERAMU JAYA 1, PEKAN PAHANG..masa tu umur aku 6 tahun..seronok p tabika, dapat main2 dengan kekawan..lagu yang aku ingat sampai sekarang ialah :-

"PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU,
PUKUL 8,
PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU,
PUKUL 9..

permainan ni kena beratur panjang..ibu akan menjaga anak2 nya di belakang..syok beb..n satu lagi lagu  famous time tabika..

PAPA KU PULANG DARI KOTA,
PAPA KU BELI KAN KERETA,
KERETA KECIL WARNA MERAH,
BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,
PON PON PON PON PON PON PON PON PON,
KERETA KECIL KU BERBUNYI,
CEPAT LA ADIK CEPAT NAIK,
BOLEH KU BAWA JUMPA NENEK..

hak3..lebih kurang cam tu la lagu tu..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Zaman tabika sudah berakhir..aku pun di masukkan ke SEKOLAH RENDAH AHMAD PEKAN PAHANG..time tabika dulu, aku sudah pandai m'geja, so p darjah 1, xde masalah la untuk 3M ni..zaman kanak-kanak aku, aku isikan dengan riang ketawa..hak2..subject paling aku suka adalah penulisan..penulisan wajib dapat A..time sekolah, karangan syok..contoh tajuk karangan..

AKU SEBATANG PEN..

time tu mula la keluar idea yang bukan2..aku dijual di sebuah kedai, warna ku hitam..ramai kanak-kanak sukakan aku..aku di beli oleh seorang budak yang bernama bla bla bla..n ending wajib cakap, aku dibuang di dalam tong sampah setelah aku tidak berjasa kepada tuan ku lagi..kini aku di lupakan..itulah nasib aku, sebatang pen..hak2..


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Setelah menamatkan usia aku di sekolah rendah, aku meneruskan saki baki kehidupan aku di sekolah menengah. Aku bersekolah di AHMAD HIGH SCHOOL PEKAN PAHANG..time sekolah ni, aku suka subject pendidikan agama islam..ustaz yang mengajar best. aku belajar mengaji, menghafal (hafazan), solat jemaah dan lain2 lagi..Kemahiran Hidup pun best, aku belajar memasak, menjahit..ilmu tu bagus, kalu xbelajar dulu, mana la aku tau nk menjahit ni..huhuhu..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Tiba masanya aku berpisah sementara bersama ahli keluarga ku..aku di hantar ke sekolah teknik. Nama sekolah baru ku, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SERI PELINDUNG KUANTAN. time ni duduk asrama. Yang best sekolah asrama ialah dapat jumpa kawan2 24jam..hak2..time ni belum ada KESEDARAN SIVIK nak belajar betul2..apa2 pun subject yang paling da best in da world ialah asas pemprosesan maklumat..di sekolah teknik, aku mengambil jurusan PENGURUSAN PERNIAGAAN..wah, nak berniaga ker aku nanti..aku x minat sangat dengan subject prinsip akaun, tetapi lebih berminat kepada pemprosesan maklumat...suatu hari nanti kalu aku di beri rezeki, aku nak buka kolam ternakan udang..cam best aja ternak udang ni..jadi usahawan udang..best woooooo..gaji masyuk


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Tamat SPM, aku mendapat tawaran ke tingkatan 6 di Pekan Pahang. aku sempat belajar sebulan kowt..n then ku cabut lari p Politeknik..walaupun sementara di sekolah ni, aku amat bersyukur kerana mendapat kawan2 yang baik bagi diriku..subject yang aku suka time ni ialah Pengetahuan Am n Perniagaan..time frm 6 ni, aku di pilih ke Sabah, wakil pelajar dari Pahang ke negeri d bawah bayu..Setiap negeri ada wakil untuk ke peringkat kebangsaan. semua yang terlibat bukan calang2 pelajar, so terpaksa la aku bersaing di antara yang cemerlang, gemilang n terbilang tu..


Lupa lak nak kenalkan, nama sekolah time form6 aku ni SEKOLAH MENENGAH DATO' MAHMUD MAT PEKAN PAHANG


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Kemudian, further my studied at POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH..time ni aku abil Sijil Kejuruteraan Mekanikal..jurusan ni bukan aku yang pohon, tapi dapat..aku pun fikir, mungkin jalan aku lebih cerah untuk kos kejuruteraan..tanpa berbekalkan Add Math,physic, chemistry n all, aku teruskan perjuangan aku untuk mendapatkan segulung sijil di Poli ni..tme di Poli, aku xtif dalam badan uniform..aku join PASUKAN LATIHAN ASKAR SIMPANAN TUDM, berpangkalan di Base Batu 10 Kuantan. best timba ilmu ketenteraan ni. Baru aku tau tugas unit badan uniform bukan la mudah..REKRUT..wahhhhhhhhhh..syok..mental fizikal kena kuat la bebbbbbbbbbbbbb












@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


then aku teruskan semangat aku untuk mengambil segulung diploma. Aku di terima masuk ke POLITEKNIK JOHOR BAHRU dalam jurusan DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL BAHAN. Aku seorang girlz tme tu, tp its ok..kekwan boy integrasi ku semua ok2, so xkisah la aku sorang grlz ke tdk tme tu.






@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tamat la riwayat aku dalam mengambil segulung diploma di Politeknik..then aku di terima masuk ke INSEP under UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN..di sini aku seorang aja girlz yang abil jurusan NDT..ko'owg tau kan maksud NON DESTRUCTIVE TEST ( ujian tanpa musnah).walaupun aku seorang girl dalam kelas NDT, aku juga mempunyai kawan2 yang lain dari kos2 yang berbeza..kat INSEP UTHM ni, bebudak diploma n degree digabungkan untuk menimba ilmu yang tidak terdapat di mana-mana tempat..enjoy gak la kat sini..kekewan semua da best..terbaikkkkkkkkkkk



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Time di Insep, aku mendapat tawaran ke U..masa isi borang U, aku main2 aja..nak tengok layak ke tidak aku ni masuk IPTA..iya la result diploma bukan la gempak sangat n kalu dah masuk u, mesti nak strong add math, fizik n all..aku mana la tau benda2 tu semua..Alhamdulillah, mungkin Tuhan membuka rezeki aku untuk meneruskan pelajaran di UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS..mungkin ada hikmah, ingat budak2 xde lulusan add math n all xlh masuk kejuruteraan ke? walaupun xde basic semua tu, aku tetap di terima di U ni..thnks a lot..berbekalkan ilmu prinsip akaun aku dulu di form 4 n 5, sekali lagi aku meneruskan sesi pembelajaran dalam bidang kejuruteraan..time di u ni, aku ditawarkan jurusan BACHELOR ENGINEERING IN MATERIAL ENGINEERING..lagi 2tahun aku perlu menempuh onak dan duri di sini, ini bermakna lagi 4 final exam aku terpaksa tempuhi..aku harap semuanya berjalan dengan baik di sini nanti..AMIN







@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


aNak MuDa




Anak Muda,
Rambutmu kini menjadi perang
Entahlah, kau cat dengan wang dari orang tuamu
ataukah sekadar mengikut kenkawan

Anak Muda,
Ada besi melingkar menembusi cuping telingamu
Bukan hanya kaum hawa
Engkau pun sekarang memakainya
Kamu menyangka kamu nampak hebat
Tapi sebenarnya semakin membuatmu seakan wanita

Anak Muda,
Pakaianmu yang kemas semasa bersekolah menengah
Telah berubah setelah menjadi mahasiswa
Koyak sana, conteng sini
Baju yang baru sengaja kau burukkan

Anak Muda,
Sebatang rokok selalu menemanimu
Ringgit demi ringgit kau bakar
Pengubat stress katamu
Padahal kau sedang bahayakan diri dan sekitarmu
Kau benci orang yang ego
Padahal kau sendiri termasuk darinya

Anak Muda,
Usia yang semakin bertambah
Tak juga membuatmu berubah
Waktu demi waktu
Engkau habiskan berlalu begitu sahaja
Dari warung ke restoran mamak
Dari mall ke kelab
Pengisiannya sama tetapi tempat yang berbeza

Anak Muda,
Ibu dan ayah amat risau memikirkanmu
Dulu anak soleh yang mereka pinta
Setiap malam, tiap selesai ibadah
Mereka sempat mendoakanmu
Namun, apa balasanmu?

Anak Muda,
Ayahmu membanting tulang bersengkang mata
Mencari nafkah kos sekolah dan makanmu
Sedangkan ibumu
Sabar mengajar mengira satu dua tiga
Dan mengeja a b c d
Namun, apa baktimu?

Anak Muda,
Masa mudamu menentukan masa tua
Barangsiapa bersenang-lenang di waktu muda
Kemungkinan akan bersusah payah di waktu tuanya
Dan sebaliknya,
Barangsiapa bersusah payah di masa muda
Insyallah akan menuai nikmatnya hari tua

Anak Muda,
Bukan kehensemanmu yang boleh kau banggakan
Bukan pula penampilanmu yang kononnya cool
Bukan pula aksesori dan gaya jalanmu
Tapi berbanggalah kerana akhlakmu
Berbanggalah kerana kebaikanmu
Dan berbanggalah kerana keikhlasan mu

Anak Muda,
Pilihan di tanganmu sekarang
Diam bererti menanti kehancuran
Berubah bererti mencipta masa depan
Renungkan, fikirkan
Dan cepatlah ambil keputusan

kata2 hikmah yang aku pegang sampai sekarang :0)




memang ALLAH SENGAJA menemukan kita

dengan ORANG YANG SALAH supaya

kita dapat menjadi PENILAI YANG BAIK,



memang ALLAH SENGAJA menemukan kita

dengan ORANG YANG SALAH supaya

kita sedar bahawa KITA HANYALAH MAKHLUK

YANG SENTIASA MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH,



memang ALLAH SENGAJA menemukan kita

dengan ORANG YANG SALAH supaya

kita dapat KASIH SAYANG YANG

TERBAIK KHAS UNTUK DIRI KITA,



memang ALLAH SENGAJA menemukan kita

dengan ORANG YANG SALAH supaya kita sedar

bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG

kerana mengingatkan kita bahawa "DIA"

BUKANLAH PILIHAN YANG HEBAT UNTUK KITA

dan kehidupan kita pada masa depan...



memang ALLAH SENGAJA menemukan kita

dengan ORANG YANG SALAH supaya kita dapat

MENGUTIP PENGALAMAN yang tak semua orang

berpeluang untuk mengalaminya,



memang ALLAH SENGAJA menemukan kita

dengan ORANG YANG SALAH supaya kita jadi

MANUSIA yg HEBAT JIWANYA :0)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...